Search This Blog

Tuesday, April 23, 2013

RIDE KURA-KURA DARI JITRA KE PHUKET BIKE WEEK 2013



Jeng...jenggg.. Al-mula kisahnya.. ini ride kali ini bersama Pak Long Sani dari Jitra. Pak Long Sani memang terkenal bersama gang retro di negeri utara Kedah dan Pereelehh... Jom Pak Long nak polow dak saya nak pii Phuket Bike Week dengan gang Kupcai. " nak.. nak.. nak" itulah jawapan awal dari Pak Long Sani.

Maka 19hb April 2012 pagi hari masih gelap selepas solat subuh bang Eid dan kuda besi mola perjalanan dari highway utara selatan ke petronas Changloon tempat yang dijanjikan berjumpa dengan Pak Long Sani.Diatas lebuhraya telah napak kelibat moto Pak Long.. hahahaha memang gempak moto Pak Long diatas lebuhraya semua orang memandang bila memotong. Apa tak nye dengan baju hijau macam gi ke sawah Pak Long pakai tapi semangat nak Phuket berkobar-kobar. Nah.. seorang demi seorang sampai. Din Pomen, Huzairi dan adiknya Amirul akhir sekali Pok Cet sampai lewat pulak.. katanya bangun lewat pasai main fesbok sampai pukui 3 pagi.

Setelah urusan tukaran wang dan membeli insuran Thailand selesai kami pun cross border dengan selamat ke Thailand. Perut dah bunyi kami hentam brekpast di kedai petani. Diberitakan gang Jinn Kapcai sampai lewat pukui 11.00 pagi dijangka sampai. Manakala Ghani Kupcai nak pickup polow belakang.. kot kot ada yang moto rosak boleh naik pickup. Terimaksih Ghani.



Perjalanan diteruskan setelah perut dah kenyang. Bagaikan KURA-KURA dan ARNAB group kami ini dilebuhraya Hatyai menuju ke Phatalung. Sekejap bang eid dihadapan dan Pak Long Sani dibelakang. Seketika bang Eid rasa mengantuk Pak Long Sani memecut sehingga melebihi 100 kmj.. hahaha kura-kura dah mendahului arnab pulak. Inilah tajuk strory ride macam kura-kura dan arnab.Sehinggalah kura-kura dan arnab ini berasa lapar lalu kami singgah dipersimpangan ke Koh Lanta untuk mengalas perut. Bang Eid telepon Ghani yang polow jauh dari belakang supaya berhenti makan tengah hari jam 3 petang .






Kami tiba di Phuket jam 7.30 malam...Tuuu dia 7.00 pagi bertolak 7.30 malam baru sampai. Kami terus checkin di PS2 Resort. Keesokan hari kami ketapak event Phuket Bike Week untuk membeli baju dan melawat gerai pemeran, sambil bergambar ditapak event. Bro Ghani dah bersiap sedia untuk touring dengan kami sambil mengambil gambar dan bahan untuk majalah.Group kami join sekali dengan Pak Su dari Pereleeh bertambah meriah konvoi diPhuket ini. View point menjadi daya tarikan group kami. Menanti mentari terbenam juga tidak kami lepaskan peluang di Pulau peranginanan ini.Kami dapat tahu group dari KL baru sampai di Phuket yang di ketuai oleh Jinn Kupcai dan sdr Aduha Rosli .Sempat juga kami makan bersama ditepi masjid Phuket. Disebelah malam juga kami makan bersama, ada yang meronda-ronda di Bangla Road,menyaksikan konsert Carabao dan mengambil kesempatan bershopping baju murah RM9.00 sehelai baju T (I LOVE PHUKET ).






<>
href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhzSD57yDEtZ6OFtHE22P3VpevqjW0VCgz2cHbhR83MomKhlVJRYqyKUNxnrhZwcMlN_d8k2cpGE3Er8RU0AkovkfPETst8zw_2ukgyIQBLBwosxBFCaJaMtoT8dQJe2-4Zbooy4XTsXRgF/s1600/P4202955.JPG" imageanchor="1" >





Tiba hari terakhir 21hb April untuk kami 3 hari diPhuket. Kami bergerak pulang jam 9.00 pagi.kali ini kami bersarapan disebuah kedai berdekatan dengan masjid juga. fuuh 100 THB melayang .. cekek darah ini kedai untuk brekpas. Apa yang diidamkam oleh Pak Long Sani untuk bergambar pulak di Pekan Krabi ( Gambar ketam tuu la)kami tiba di pantai Ao Nang, Krabi jam 1.00 tengahari. hari ini kami pekena masak Kengsom ( asam Pedas Thailand) .Selasai makan bergambar kami merayau-rayau di tepi pantai sambil bergambar. Kebetulan pulak.. haahaha ada replika kura-kura atau penyu disitu.. saksikan gambar disini. Dalam perjalanan bang Eid sempat singgah di kedai vespa kawan dalam facebook namanya Stefan. Rakan-rakan semua memuji kekemasan bengkel vespa ini.



Perjalanan diteruskan ke Trang Pak Long Sani, Pok Cek memecut dihadapan. Tinggal bang Eid dan Amirudin dibelakang yang kebetulan minyak dah nak habis jadi kelajuan terpaksa dikurangkan. Setelah mengisi minyak kejar punya kejar tak nampak-nampak Pak Long Sani. Memasuki bypass Pekan Trang tayar Amirudin pulak pancit, kami masuk semula ke Pekan Trang untuk membaiki moto Amirudin. Pok Chek menalipon bahawa dia dan Pak Long Sani terserempak dengan group Jinn Kupcai yang kebetulan tengah membaiki moto rosak. Bang Eid dan Amirudin meneruskan perjalanan ke Phatalung dan singgah bersolat di R&R berdekatan dengan pekan Trang.

Sampai di Phatalung kelihatan banyak kupcai di stesen minyak. Memang sah ini group Jinn Kupcai,kami diberitahu mereka terpaksa menunda sebuah Honda EX5 dari Pekan Trang. Penat katanya menaiki bukit dalam perjalanan menunda. Jarak masih ada lagi 148 kilometer ke border, maka kami sama-sama terut menemani mereka sehingga ke border Thai Malaysia. Tuuuuu diaaaa punya cerita.... berjela-jela kisah " RIDE KURA-KURA". Tunggulah ride akan datang Bang Eid akan bercerita lagi... Jom kita ride Nohhhhh. Wassalam...










5 comments:

  1. tu dia aiihhh...terbaekkk...nak kena cari cc lagi kecik nie (pakai moto bateri pulak)...lagi meletuppp....hehehe..

    ReplyDelete
  2. Bila nak naik gerek pi Phuket B.week.

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah... akan sampai sana juga nanti...

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah... akan sampai sana juga nanti...

    ReplyDelete