Search This Blog

Sunday, April 19, 2015

JUBOQ BESI RIDE KE VIETNAM PART II

JUBOQ BESI RIDE KE VIETNAM PART II


1 HB APRIL 2015 - HA GIANG- QUAN BA - LONG CO - DON VAN - MEO VAC

Sesuatu yang mengejutkan Aprilfool !!! . sejarah dalam hidup dapat menyaksikan bentuk mukabumi ciptaan Allah yang amat cantik bila tiba di 5 Daerah ini. Seawal pagi Pak Eid dan Taqril dah mula gerak meninggal bandar Ha Giang menuju Quan Ba sejauh 50 km. Kabus tebal mengiringi kami di tanah tinggi ini. Namun jentera Honda Furtune ini masih gagah membelah gunung dan lurah diwilayah ini. Jalan yang dilalui selebar 3 meter diatas puncak gunung amat sukar sekali untuk berselisih dengan lori lebih lebih lagi bila mengekori dari belakang untuk memotongnya.


Wilayah Quan Ba merupakan tempat yang paling cantik sepanjang perjalanan ini. Di mana 2 buah bukit berbentuk bra yang dapat dilihat dari puncak gunung ketika mendaki.

Saturday, April 11, 2015

JUBOG BESI RIDE KE VIETNAM - PART I

JUBOG BESI RIDE KE VIETNAM - PART I



29hb Mac 2015- Kuala Lumpur ke Hanoi

Assalamualaikum rakan-rakan bikers . Lama nohh... tak mengarang. Jom kita ride di Vietnam. Itu kata-kata yang saya berikan kepada rakan FB Taqril Arill , maka dia pun setuju lalu kami menempah tiket ke Hanoi, Vietnam dengan harga RM 450.00 pergi dan balik.Pada 28hb Mac 2015 , jam 10.00 pagi naik bas dari Jitra ke Kuala Lumpo. Terima kasih Azmir menjemput dan lepak rumah wak Rahim dan Ija Zahri sambil cerita pasai gerek dan moto. Flight pukul 6.30 pagi sempatlah lepak dirumah wak.

Jam 6.30 pagi kami berlepas dari KLIA2 dengan masa penerbangan 3 jam setengah. Sampai di Hanoi waktu tempatan pukul 10.30 pagi. Kami ambil transit bas ke bandar Hanoi .



Sampai ke bandar Hanoi bang Eid pun menuju ke kedai sewa moto . Moto yang kami pilih ialah HONDA Furtune 125cc. Memang lasak moto ini dengan kadar sewaan 18USD sehari selama 10 hari.



Setelah urusan sewa moto selesai kami pun menempah tiket keretai ke Bandar Lao Cai bersama dengan moto. Harga tambang moto ialah 25 USD dan penumpang 30 USD dengan kelas tempat tidur. Satu perkara yang bang Eid nak pesan kat hangpa semua sebelum naik keretapi moto jangan isi minyak penuh kerana akan disedut oleh pekerja keretapi . Memamang peraturannya bahan api tak boleh disi didalam gerabak atau sebagai wang saku mereka dengan menyedut minyak.



Minyak disedut .... oleh pekerja keretapi.
Distesen keretapi ini juga kami terserempak dengan seorang rakyat Malaysia ' Adam ' yang datang secara backpackers. Tetapi Adam menaiki keretapi yang tidak sama jadualnya dengan kami.


30hb Mac 2015- Hanoi - Bandar Sapa

Perjalanan ke Bandar Sapa bermula dengan keretapi jam 10.00 malam dan tiba di Bandar Lao Cai Jam 8.00 pagi dengan cuaca yang amat dingin sekitar 12' C . Kebanyakan penumpang terdiri dari pelancung Eopah dan sedikit sangat orang Asia dalam train ini. Tida makanan halal didalam train. Perut amat lapar hanya roti yang kami beli buat bekalan didalam keretapi. Sampai sahaja dibandar Lao Cai kami pun singgah untuk pekena kopi Vietnam yang amat popular kepada pelancung. Rata-rata di pekan atau bandar cara mereka bersantai menikmati minuman kopi di tepi jalan







Jalan ke Bandar Sapa adalah pendakian tanah tinggi, umpama kita melalui Simpang Pulai ke Tanah Rata. Kabus menyelubungi jalan sehingga tiada gambar yang cantik bang Eid dapat rakamkan . Dengan mudah jentera Honda ini meratah selekoh tajam dan mendaki.


Selain dari pemandangan yang cantik disepanjang perjalan di tempat hentian rehatnya di tunggu oleh kaum asli disana (Hmong) untuk menjual pelbagai cenderahati buatan tangan mereka. Sampainya di sapa bang Eid dan Taqril terus ke Cat Cat Village untuk menikmati air terjun yang sangat cantik.





Setelah puas merakam gambar di air terjun Cat Cat kami balik ke bandar Sapa untuk mencari hotel. Alhamdulillah yang termurah 10 USD Hotel Aseana yang terletak di atas puncak bukit. Fuhh penat gila mencari lokasi Hotel ini kerana didalam Google Map tersalah lokasi dan terpaksa bertanyakan orang . Berehat sambil menyediakan makanan tengahari yang dimasak sendiri didalam bilik hotel. Sebelah petangnya kamai meneroka lagi lokasi air terjunnya dinamakan Silver Waterfall yang terletak 15 km dari bandar Sapa. Tingginya air terjun ini . Pendakian ke puncaknya amat memenatkan. Satu demi satu anak tangga didaki barulah sampai kearas yang kedua tertinggi dan tak sanggup lagi nak kepuncaknya.




31hb Mac 2015 - Sapa ke Ha Giang 230 KM

Bagaikan berat meninggalkan Bandar Sapa yang nyaman suhunya mencecah 8' C dipagi hari. Namun apakan daya masa amat cemburu perjalanan terpaksa diteruskan juga. Jam 8.30 pagi bang Eid dan Taqril meninggalkan bandar Sapa menuju ke Ha Giang . Kabus menyelubungi sepanjang perjalanan . Destinasi pertama kami singgah adalah sempadan Cina di Lau Cai ia itu Cheng Qu Cun. Peristiwa sakit perut di kompleks Imigeration ini tak dapat dilupakan. Tandas mereka tidak dibekalkan paip mencuci hanya kertas tisu. Dalam keadaan darurat ini petugas cuci tandas dicari untuk membantu menyedaikan satu baldi air hahahaha..... Disini kami hanya bergambar sebagai kenang kenangan disempadan tidak menyeberang kerana ketiadaan visa.


Perjalanan diteruskan ke Ha Giang , melalui bandar Yen Binh dengan offroad 30 km sebelum tiba di Viet Quang. Persimpngan dari Viet Quang melegakan kami dengan jalan yang amat baik.





Jam 5.30 petang kami tiba di Ha Giang , pertama sekali mencari batu tanda 0 kilometer untuk bergambar. Mencari hotel di bandar Ha Giang tidak lah susah kerana terdapat banyak hotel pilihan disini. Maka dapatlah sebuah guesthouse dengan harga 250 ribu VND ( RM 43.00) . Berdebar rasa hati melihat tuan punya guesthouse takut sebab kami tidak membuat permit masuk ke wilayah ini yang disyaratkan kepada orang asing. Alhamdulillah selamat bila sebut nama Malaysia negara negara Asean.



Bersambung ke PART II nohhh...







Monday, June 24, 2013

4H 3M RIDE KE MEDAN, BERASTAGI, DANAU TOBA, TELE DAN PULAU SAMOSIR


Tanggal 12.6.2013.. setelah kami selesai melaksanakan Program Jemboree FZ 150 2013 aku berhasrat untuk membawa rakan-rakan Ride ke Medan.. Berastagi.. dan Pulau Samosir di Sumatera Utara Indonesia, akhirnya tercapai juga. Penerbangan kami pada jam 9.00 malam dari Bayan Lepas Pulau Pinang.


Sebelum berlepas kami mengisi perut di KFC airport bayan lepas

Urusan tiket penerbangan aku serahkan pada Shahir Yang Mashur.. jadi tak peninglah kepala aku. Urusan program ride di Medan aku yang uruskan.


Jam 9.45 malam pesawat kami mendarat di Airport Polonial Medan di sambut oleh kelab JRC Medan dan BMBC Medan. Wahh meriah sungguh sambutan meraka.. terus kami dibawa ke Hotel ditengah kota Medan untuk checkin. Malam itu kami sempat TTS dengan kelab moto disana. ( Terima kasih karena menyambut kedatangan kami kepada Rajiv Ghadafi ,Reiza Sharie, Joe BMBC, Joe JRC, bang Young Sengz , Opa BMBC, Pak Hadi Jamak dan semua ketua/anak-anak club motor disana )


13 JUN 2013 - MEDAN - BERASTAGI - DANAU TOBA

Terima kasih Rajif Ghadafi seorang rakan yang aku kenal di Medan yang banyak membantu , juga Rieza Sharie yang sangat bersusah payah menyediakan mobil serta mengatur segala perjalanan kami. kami disediakan sebuah mobil baru Daihatsu dan motosikal Bajaj 180 cc dan 200 cc untuk touring disana. Perjalanan bermula jam 10 pagi 4 motosikal dan 1 buah mobil.

Sempat juga bertemu Aki Anis yang cedera semasa Ride ke Sumetera Utara

Suasana awal pagi jalan dari Medan ke Berastagi punya la best nyaman dan tak banyak mobil ketika kami menyusurinya.


Hentian rehat makan jagung.

Tiba di Taman Alam Lumbini


Membeli makanan di Berastagi

Mereka gembira pertama kali dapat melihat sipeso peso walaupun basah kuyup
Hujan bila menghampiri Tonggeng

Selamat sampai di Tonggeng sudah senja... amat mengecewakan kedai makan dah tutup kami menginap di Banglo Hantu ini... hahahaha...hihihihi


14 JUN 2013 - DANAU TOBA - SIDI KALANG - PANGURURAN- SAMOSIR

Group kami kelaparan malam tadi sebab rumah makan muslim sudah tutup dan pagi ini baru buka sempatlah merasa ikan segar dari Tasik Danau Toba.


Berposing di tepi tasik Danau Toba

Rumah Makan Muslim Sidi Kalang