Search This Blog

Sunday, December 9, 2012

4 NATION RIDE


12HB NOVEMBER 2012-HARI PELANCARAN 4 NATION
Hari pelancaran 4 Nation ride telah diadakan di kawasan bebas cukai Bukit Kayu Hitam Kedah pada 12hb Nov 2012 yang disempurnkan oleh Cik Gu Zulfitri .. setiausaha sulit kepada Dato' Mohd Johari Baharom Timbalan Menteri Pertanian Malaysia. Terima kasih semua Cik Gu Zul ,FZians,kakitangan Imegeresen Anas,Botak ( Izhar Byung ),Shidi, HARIAN METRO, Petro Canada ( Ahmad Fakri ), anak-anak aku ( Angah, Wani,Syaril) dan rakan taulan yang turut serta.
PESERTA 4 NATION RIDE:

1. Cik Gu Hashim Mushni
2. Shahir Yang Masyhur (FB)
3. Cik Gu Anhar B. Hashim
4. Aku sedirilah..

Setelah selesai pelancaran kami pun masuk ke Thailand untuk urusan dekumentasi dan disambut dengan hujan lebat. Maka kami tak dapat meneruskankan perancangan untuk membawa rakan-rakan Fz bermalam di Pekan Hatyai. Jam 9.00 mlm keputusan dibuat untuk teruskan perjalanan ke destinasi untuk bermalam yang belum diputuskan. setelah mengharungi hujan hingga ke persimpangan Hatyai- Phattalung hujan pun mula reda. sehinggalah jam 11.00 malam kami berhenti di Guesthouse di bandar Thung Song.
Inilah g.house yang kami pilihhhh....


DAY 1-13hb November 2012
Perjalanan yang dirancang hari ini adalah dari Thung Song Ke Phetchaburi sejauh 700km seawal jam 7 pagi konvoi dah siap sedia untuk bergerak.Dari G.house kami ke stesen minyak PTT untuk bersarapan. Terdapat 2 buah makanan muslim disitu. Kakak gerai tersebut sudah familia dengan muka aku bersarapan disitu.. Perjalanan di teruskan ke Chumpon untuk mengisi minyak sehinggalah kami sampai di Masjid Huai Sai kami berhenti untuk bersolat dan mengisi perut.










Perjalanan kami teruskan sehingga Cha Am. Keputusan saya buat utk membawa konvoi ke Kancanaburi.... Sebagai bonos utk ride 4 nation ini. Jam sudah menunjukan pukul 8 malam lokasi konvoi berada di PTT Petchaburi. Lagi 200km untuk ke Kancanaburi. Cuba mencari jalan pintas ke sana akhirnya sampai kami pada jam 10.30 malam. Nasib kami baik bihunsup hadapan Bangkok Bank masih ada utk menjamu selera. Jam 12.00 malam terus checkin di guesthouse tepi River Kwai

DAY 2- 14hb November 2012- Kancanaburi- Chiang Mai .
Suasana pagi diKancanaburi amatlah cantik pemandangannya.Walaupun tidak mempunyai masa kami juaga sempat bergambar di River Kwai dan membeli belah di pinggir River Kwai.Oleh kerana mengejar masa kami tidak lama diKancanaburi. Perjalanan ke Chiang Mai sejauh 900 km dari Kancanaburi akan mengambil masa 9 jam hingga 10 jam. Dari Kanchanaburi kami singgah di pekan Suphanburi.Sebuah bandar dipertengahan perjalanan. Lokasi menarik disini untuk bergambar di hadapan patung Naga yang amat besar atau saya rasa yang terbesar di negara-negara asean ini. Setelah itu kami pun mencari makanan halal di kedai abang Choh yang terletak di persimpangan lebuhraya menghala ke Utara.

Dari Suphan Buri kami ke bandar Chainat. Sudah lama bang Eid tak menjenguk iman Masjid Chainat. Alhamdulillah dapat juga bertemu menziarah tuan imam ini buat kali 3. Rupanya dia masih sihat lagi, tahun lepas telah dia pergi mengerja Haji di Mekah. Kami berehat mandi dan bersolat di masjid ini. Perjalanan diteruskan ke bandar Nakhon Sawan dan Kamphaeng Phet.Di sini kami berhenti bergambar sebagai kenang-kenangan di Bandar Kamphaengpet ini.

Guesthouse yang kami tidur atas rakit lahhhh..






Jam 12.00 tengahari kami sampai di Suphan Buri.. sebuah bandar dipertengahan jalan nak keutara kami makan tengahari disini dan sempat bergambar sebagai kenang-kenangan dibandar ini.




Kenangan bersama tuan Imam Masjid Chainat.... untuk kali 3 aku bertemu dengannya...


Akhirnya... sampai juga kami di Chiang Mai jam 11.00 malam.. kendai keturunan Cina Yunan Muslim

DAY 3- 15hb NOVEMBER 2012. Chiang Mai Tour
Perjanan konvoi sejauh 1800 km dari sempadan Malaysia amat memenatkan. Olehitu kami berehat di bandar Chiang Mai selama 2 hari.Disini kami menginap Chiang Mai Night Bazar Hotel berdekatan dengan Anusan Night Market memudahkan kami untuk mencari makanan muslim dan berdekatan dengan Halal Street (dikenali oleh org2 tempatan sebagai Masjid Cina)... 15hb Pagi aku pun menalipon seorang rakan lama yang mempunyai kereta untuk membawa pelancung.. nama dia Mr. Dee yang aku kenal 6 tahun lalu. Tepat jam 10.00 pagi Mr.Dee telah terpacak depan hotel menunggu kami dengan kereta Toyota Camree nya.. membawa kami pusing pusing sekitar bandar Chiang Mai ( Bandar Kedua terbesar di Thailand selepas Bangkok )Antara tempat2 menarik yang kami melawat lihatlah disini Tiger Kongdom, Perkampongan kaum Kayen ( Leher panjang),Mae Rim Shooting Range,Doi Sutip,kilang membuat payunng , kilang membuat batu jade dan jalan-jalan cari makan di Night Market yang terkenal di bandar Chiang Mai ini.





Gambar untuk bini marah... kena tidur luar bilik




Kereta Mr. Dee yang membawa kami.. pusing pusing sekitar Chiang Mai

Tiket untuk ke puncak Doi Sutep
Menggunakan Lif untuk ke puncak..

Pemandangan Bandar Chiang Mai dari puncak Doi Sutep.
Melawat kilang membuat payung..



JALAN JALAN CARI MAKAN DI CHIANG MAI

NIGHT MARKET



DAY 4 - 16HB NOVEMBER 2012- CHIANG MAI- DOI INTHANON- MAE HONG SON- 1864 Corner
Perjalanan bermula selepas sarapan di hotel, kemudian kami ke Halal street untuk membeli bekal makanan tengahari.Dikesempatan ini kami mencari kedai motor untuk menukar minyak enjin motor yang disponsor oleh PETRO CANADA ( En Ahmad Fakri). Setelah selasai kami menyusuri lebohraya dari Chiang Mai ke persimpangan Doi Inthanon dengan mendaki jentera FZ 150. Doi Inthanon adalah puncak tertinggi di Thailand dengan mudah didaki serta selekoh2 tajam menjadi keseronokan kami mengambilnya. Bayaran dikenakan adalah sebanyak 220.00 THB( RM 22.00 ) moto dan raider. Kesejukan suhu di puncaknya menjunam hingga 12 'C .

Setelah puas melayan selekoh Di Doi Inthanon( puncak tertinggi ) kami meneruskan perjalanan ke Mae Hong Song melalui bandar Mae Chaem dan Khun Yuam. Pemandangan sepanjang perjalanan meredah 1864 corner ini amatlah cantik sekali. Kebetulan masa ini bermulanya musin bunga matahari berbunga. Kata cik gu Hashim Mushni" Kona sampai muntah" bila melalui jalan ini. Akhirnya kami sampai pukul 10 malam di pekan 1000 korner ini, Mae Hong Son.Amat malang bagi kami tiba di pekan ini kerana kedai muslim dah pun tutup untuk 2 hari Sabtu dah Ahad.

DIHADAPAN PINTU GERBANG DOI INTHANON

NATIONAL PARK DIPERTENGAHAN JALAN
KEGEMBIRAAN MEREKA..

MERCU TANDA DIPUNCAK DOI INTHANON
LAYAN SELEKOH..
Sampai Mae Hon Song dah malam daaa.. layan kona pun tengah malam..
Hanya kuih yang tinggal..

DAY 5- 17HB NOVEMBER 2012 MAE HON SONG - PAI- CHIANG MAI hari pensijilan dan tomossss

Hari ini 17hb adalah hari yang bersejarah bagi Shahir, Anhar dan Cik Mushni.. Meraka akan mengambil sijil `1864 korner.. Tapi harus ingat korner masih ada berbaki di atara MHS ke Chiang Mai. sebanyak 932 lagi.. Siapa yang akan kecundang mengharungi liku-liku Mae Hon Song ini...

Setelah selasai mengambil sijil di Mae hong Son kami meneruskan perjalanan ke bandai Pai. Disana terdapat kedai makan muslim untuk kami makan tengahari dan juga masjid untuk kami bersolat. Legaa bila perut sedah kekenyangan kami terus perjalanan sehingga kawasan view point yang popular Pang Mapa.ramai pelancung dari pelbagai negara singgah sisini dan terserempak kami dengan group motosikal berkuasa tinggi dari Malaysia.

Dari view point ini kami terus ke kawasan tanah rendah Mae Taeng. Kejadian yang tidak diingi telah berlaku. Shahir dan bang Eid telah terbabas diselekoh berpunca dari jalan yang licin. Alhamdulillah kami selamat cuma kerosakan pada motosikal shahir sahaja. Perjalanan diteruskan ke oekan Mae Taeng untuk membaiki motosikal Shahir. Kami mengambil keputusan untuk balik bermalam di Chiang Mai.


hadapan pintu gerbang bandar Mae Hong Son

Kedai makan muslin di Bandar Pai

KEKECEWAAN SHAHIR APABILA MENGALAMI KEROSAKAN... KITA TIDO CHIANG MAI ADALAH JALAN YANG TERBAIKKK..

Proses Pensijilan....



KEKECEWAAN DIHATI SHAHIR...KITA TERUSKAN JUGA..SETELAH MOTO SIAP DIBAIKI..BERMALAM DICHIANG MAI ADALAH YG TERBAIK..

Hotel ini kami tido di Chiang Mai untuk kali yang ke2... ada hikmahnya juga dapat berjumpa dengan Wendy dan Abg Aziz disini


DAY 6- 18 HB NOVEMBER 2012 - CHIANG MAI-CHIANG RAI- MYANMAR- GOLDEN TRIANGLE
Setelah bermalam di Chiang Mai untuk kali yang kedua, dimana kami dapat bertemu dengan Wendy dan Abg Aziz yang telah dirancang bersama-sama sebelum ini untuk masuk ke Laos. Oleh kerana meraka berdua baru sahaja sampai di Chiang Mai dan belum lagi melawat tempat-tempat menarik disini pagi 19hb kami bergerak dahulu ke sempadan myanmar. Perjalanan sejauh 270 km dari Chiang Mai ke Chiang Rai dengan panorama indah bergunung ganang.Sempat juga kami bergambar ditempat2 menarik disana...

Kami tiba di Hot Spring Chiang Rai kebetulan dapat bertemu dengan group MBC Cik Gu Os dan Cik Gu Zam. Maka berposinglah kami disitu sambil menjamah telur burung puyuh yang dimasak didalam hot spring itu. Di Bandar Chiang rai Pulak kami tak ketinggalan untuk merakamkan gambar wat Rong Khun tercantik diThailand. Seperti biasa setiap kali melintasi Chiang rai pasti akan singgah di kedai Ramadhan ( Thai Muslim), makanannya sedap dan murah pulak tu.

Setibanya di pekaan Maesai jam sudah menunjukan pukul 3.00 petang.. lalu kami mencari Guesthouse untuk parking motor sebelum ke Thacilek ( Myanmar). Bayaran permit masuk ke Thacilek sebanyak 500 THB dikenakan. Kamipun bershopping dan bergambar di pekan koboi ini..

Jam sudah menunjukan pukul 6.00 petang kami keluar dari pekan Thacilek menuju ke masjid MaeSai untuk bersolat dan membeli bekalan makanan. Dari sini kami terus ke Golden Triangle dah pukul 7.30 malam sampai sana.Apakan daya tak boleh berbuat apalah untuk bergambar ditugu Golden Triangle. keesokan pagi pulak masa untuk berpossing.










Dalan perjalanan ke Myanmar sempat singgah di sini..

Kegembiraan setelah dapat permit VIP untuk ke negara ke 2 Myanmar








Shahir,Mushni Anhar.. berdirinya diatara 2 sempadan Thai/Myanmar



Tempat kami menginap di Golden Triangle... Banthai Resort






DAY 7 - 19HB NOVEMBER - LAOS PDR - Huay Xai- Luang Namtha
Jam 7.30 pagi kami checkout dari Banthai Resort. Oleh kerana kami tiba jam 7.30 petang tak dapat nak bergambar di mercu tanda Golden Triangle yang sentiasa menjadi idaman kepada bikers Malaysia, maka kami berpossinglah disitu. Perjalanan ke Chiang Kong dalam keadaaan berkabus dipagi hari.. ini menambahkan panorama menjadi lebih menarik sepanjang perjalanan.

Route 1129 menuju ke Negara ke 3 LAOS PDR

Bro Wendy dan abg Aziz dah menunggu di Chiang Kong.. maka kami terus ke pejabat imegeresen untuk proses dekumentasi dan ke pejabat kastam Thailand untuk menyerahkan borang import kenderaan. Tiket ferry dikenakan sebanyak 500 THB untuk motosikal dan rider untuk menyeberang Sungai Mekong Ke Negara Laos PDR.

Setelah mendarat di Negara Laos ( Huay Xai )kami ke Imegeresen dan Kastam Laos.. Aduhhh masa rehat pukul 1.00 tengahari hingga 2 petang puas menunggu lah untuk melepasi proses ini mengambil masa 2 jam lebih.Perjalanan ke Luang Namtha amat selesa kerana jalan kesana yang dibina oleh Kerajaam China kepada Laos sudah siap sepenuhnya. Selekoh-selekoh tajam amat mudah di ratah oleh jentera 150cc ini.Jam 7.00 petang kami selamat sampat di Luang Namtha dan checkin di Hotel Dokchampa Hotel.
Nasib kami baik kedai Yamuna masih buka untuk kami makan malam disana.

Ketika menunggu ferry..

Bro Wendy diatas ferry ke Negara Laos.


MEREKA AMAT GEMBIRA DISAAT INI KERANA AKAN MENJEJAK KAKI DI LAOS PULAK..
Jalan dari Huay Xai ke Luang Namtha
Pemandangan dari bilik Hotel pekan Luang Namtha
Pemandangan belakang Dokchampa Hotel

Yamuna Restoran di Luang Namtha

Jalan cantik dari Huay Xai ke Luang Namtha

DAY 8 - 20HB NOVEMBER -LAOS PDR-Luang Namtha- Sempadan China( Boten)- Luang Prabang
Hotel Dokchampa tempat kami menginap adalah tidak jauh dari Restoran Yuna. Jam 8.00 pagi kami dah checkout dan terus bersarapan.Seperti kebiasaan bila berada di Negara Laos makanan muslim adalah sukar dicari oleh itu kami mengambil kesempatan untuk membungkus nasi goreng dan nasi beriani bagi mengalas perut dipertengahan jalan.

Perjalanan ke Boten sempadan negara China seawal pagi cuacanya amat dingin sekali sehingga menceceah 13'C. Terasa sejuknya sehingga ke tulang.Tepat jam 12.00 tengahari kami selamat sampai disempadan cina. Disempadan Negara Cina kami dikerumuni oleh pelancung. Terserempak pulak yang dari Malaysia. Pelbagai persoalan yang ditanya oelh mereka.. Berapa hari sampai kesini.. berapa kos minyak bermacam-macam lagi.

Hajat Cikgu Hashim Mushni, Cik Gu Anhar dan shahir tercapailah kali ini untuk memegang batu tanda 1 kilometer dan bergambar disitu sebagai kenang-kenang. Tidak ketinggalan juga kepada Abang Aziz dan Wendy yang juga buat kali pertama sampai disempadan China ini.

Perjalanan setrusnya menuju ke bandar Luang Phrabang. Walaupun jaraknya hanyalah 280 km dari sempadan Negara China untuk sampai ke Luang Phrabang mengambil masa 7 jam ke 8 jam. Kelajuan hanyalah 40 kmj sejam. Bayangkanlah bagaimana perlahannya pergerakan jentera Fz150 kami di kawasan hutan belantara dan bergunung ganang bentuk muka buminya. Yang paling teruk sekali adalah dari bandar Oudomsay ke Pak Mong, jalan offroad sejauh 180 km. Ketika ini jentera Fz mendahului Versy 650 yang ditunggang oelh Bro Wendy dan Abg Aziz. Disepanajang perjalanan kami dapat melihat perkampungan kaum asli dan juga pasar-pasar kecil ditepi jalan menjual haiwan exsotic seperti tikus besar , burung-burung dan haiwan liar untuk dijadikan makanan kaum asli.

Jam 8.00 malam kami selamat sampai di Bandar Luang Phrabang . Bandar ini yang amat disukai oleh pelancung barat kerana keindahan alam semulajadinya.Rata-rata di hotel bajetnya dipenuhi dengan pelancung barat. sempat juga kami mengunjungi pasar malam yang menjual pelbagai cenderahati untuk pelancung.






















DAY 9 - 21HB NOVEMBER -LAOS PDR :Luang Prabang- Phonsavan
Di Luang Phrabang kami menghinap di sebuah Hotel bajet dengan bayaran 70,000.00 Kips ( RM 28.00),lokasi dia di belakang Pejabat Pos dan hanya berberapa meter dengan pasar malam . Disini kami tidak menghadapai masaalah makan kerana terdapat sebuah restoran India Muslim disini. Jadi sebelum bergerak terpaksalah tunggu restoran buka terlebih dalhulu untuk bersarapan dan membawa bekalan makanan. sekiranya tak berbuat begitu jangan haraplah untuk mendapat makanan muslim dipertengahan jalan.

Perjalanan ke Phonsavan amatlah mencabar dimana jalannya amatlah merbahaya dilereng gunung-ganang. Ketika kami sampai dikawasan tersebut jam menunjukan 9.00 malam. Namun apakan daya perjalanan tetap diteruskan ke Phonsavan kerana tiada hotel bajet diatas gunung.Akhirnya kami sampai di pekan Phonsavan.Mujurlah taukeh Nisha restoran di Luang Phrabang ada cawangan di Phonsavan iaitu Nisha Restoran masih buka walaupun jam sudah menunjukan 10.00 malam. Konvoi amat keletihan kera ride hari ini 300km memakan masa hampir 9 jam dan terus tidur berdengkurlah di Hotel Anaulack . Harga satu malam agak mahal juga lebih kurang 20 Usd.








DAY 10 - 22HB NOVEMBER -LAOS PDR :Phonsavan- Vientiane
Phonsavan satu tempat yang berada di timur negara Laos. Tempatnya ditanah tinggi. Kesejukan terasa apabila kami mengunjungi Plain Of Jar. Satu distinasi wajib dinegara Laos. Ada pelbagai cerita dah sejarah perang di Plain Of Jar Phonsavan ini. Keunikan jar besar ini amat tertarik semua perserta konvoi bergambar disini.

Perjalanan ke ibunegara Laos sejauh 360km melalui bandar Vang Vieng dan terpaksa konvoi redah dengan jalan yang berdebu, berlobang-lobang. Tetapi alhamdulillah semuanya kami dapat harungi.Bergerak dari Phonsavan pukul 12.00 tengahari dan kami tiba DiVientiane jam 10.00 malam. Mamasuki bandarnya amat berbeza sekali dengan kawasan luar bandar. Jalan dan bangunannya lengkap. Sana sini kelihatan pelancung mundar mandir berdekatan Night Market yang terletak di berdekatan sungai.Terus sahaja kami mencari Fathima Restoran untuk mengalas perut sebelum tidur. Kali ini tak sempat kami mengunjungi pasar malamnya kerana sudah ditutup.











DAY 11 - 23HB NOVEMBER -LAOS PDR : Vientiane - Savanaket

Sudah 11 hari berlalu ride ini. Namun alhamdulillah pesrta konvoi masih berada dalam keadaan baik dan bersemangat meneruskan perjalanan. Hari ini kami berpisah dengan 2 orang iaitu Bro Wendy dan abang Aziz yang terpaksa balik awal kerana cuti yang pendek. Mereka akan keluar melalui pintu sempadan Vientiane- Nong Khai Thailand. Dikesempatan ini kami bergambar bersama Patuxay , sebuah monument yang dibina ditengah-tengah bandar. Kami pun bersalam dan mengikuti destinasi masing-masing. Maka kamipun meneruskan perjalanan ke selatan negara Laos pula.



DAY 12 - 24HB NOVEMBER -LAOS PDR : Savanaket- Pakse

Perjalanan ke selatan negara laos amatlah membosankan. Kami selamat sampai ke Savaneket pada jam 9.00 malam.Savanaket sebuah bandar sempadan dengan Thailand. Untuk menyeberang ke Mukdahan( Thailand) dihubungkan dengan jambatan dari pekan Savanaket. Di Savanaket amat malang sekali bagi kami kerana tidak ada kedai muslim yang kami jumpa. Apalagi mee segera juga jadi juadah untuk makan malam dan sarapan pagi.

Dari Savanaket konvoi bergerak keselatan lagi menuju bandar Pakse yang terkenal dengan keindahan air terjunnya. tidak kurang dari 6 air terjunnya yang sangat popular disini diantaranya Tad Fan, Ted Gneuang, Pha Suam dan banyak lagi tidak dapat disebut disini.Kami tiba di Pakse pukul 5.00 petang.Kenangan tak dapat dilupakan disini ialah bang Eid dan Shahir di saman oleh polis trafik oleh kerana berhenti melepasi satu roda sahaja dilampu isyarat pekan Pakse ini. Di pakse kami tido di hotel Seng Aroun bertaraf tiga bintang lah.. harganya boleh tahan 20USD sebabnya badan teramat sakit dengan jalan offroad ini, jadi nak tidur atas tilam yang empok sikit. Alhamdulillah kedai makan Nasim restoran terletak hanya 30 meter sahaja dari hotel kami menginap, tak kebulurlah kami di Bandar Pakse ini.




























DAY 13 - 25HB NOVEMBER - : LAOS PDR - CAMBODIA ( Kampong Cham )
Dari bandar Pakse kami terus keselatan negara Laos untuk kesempadan Cambodia.Di pertengahan perjalanan satu destinasi yang cukup menarik iaitu 4000 Island. Dimana air terjun Khone Phapheng yang digelar Pearl Of Mekhong menjadi destinasi wajib untuk kami.

Setelah puas menikmati kendahan air terjun Khone Phapheng kami terus kesempadan Nongnokkian (Laos)-Dongkalor (Cambodia. Jam 2.00 petang kami menyeberang sempadan dikedua-dua negara. Apa yang kami temui disini adalah 1 famili berbasikal mengelilingi dunia dengan anak kecilnya. Tabik springg lah kepada orang-orang barat yang sanggup mengelilinginya dunia dengan basikal.

Negara cambodia sama juga dengan Laos cuma lebih baik sedikit keadaan jalanrayanya, oleh kerana bentuk mukabumi tidak banyak gunung ganang.Bagi mengalaskan perut, kami singgah diwarung keturunan Melayu Champa, yang pernah bang Eid singgah semasa ride dengan motor Demak dulu. Tuan punya warung pernah bekerja di Malaysia dan fasih berbahasa melayu. sedapnya rasa perut kami meratah bihun sup disini. Perjalanan diteruskan sehingga ke bandar Kratie ( Burung Merpati).Bandar ini terletak berhampiran Sungai Mekong. Jam sudah menunjukan jam 7.00 petang. Sempatlah kami melihat mentari terbenam dilembah Sungai Mekong.

kami telah membuat keputusan untuk tidak bermalam di Kratie. Jarak 160 km lagi menuju ke Kamphong Cham. Kami mengambil jalan pintas melalui kampong-kampong untuk kesana . Jam sudah menunjukan pukukl 9.00 malam , lagi 30 km untuk sampai ke Kampong Cham . Alhamdulillah warung Melayu Champa masih lagi buka untuk kami makan nasi. Jam 10.30 malam kami sampai ke Bandar Kampong Cham yang mejoritinya orang Malayu Champa.

























DAY 14 - 26HB NOVEMBER - :CAMBODIA- Kampong Cham - Siam Reap

Di Kampong Cham kami nginap di hotel berhampiran Sungai Mekong. Pemandangannya amat indah sekali. Kampong Cham ada satu destinasi pelancungan yang menarik. Disini kita dapat lihat budaya dan komoniti Melayu Champa yang terbesar di Cambodia.Apa lagi awal pagi kami gerak ke dalam Kampong untuk mencari Masjid dan dapat beramah mesra dengan tuan Iman Besar disitu. Menantunya fasih bertutur malayu loghat Kelantan sebab beliau pernah belajar pondok Kelantan sebelum melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah. Pelbagai cerita tentang kekejaman polpot diceritakan oleh beliau. Seronok kami rasa hendak tinggal lama lagi di Kampong Cham ini. Tidak ketinggalan kami menyampaikan sedikit sembangan kepada masjid disana.. Alhamdulillah rezeki Allah.

Sebelum kami berangkat meninggalkan Kampong Cham kami dibawa ke Pasar untuk membeli juadah makanan yang dijual oleh orang-orang muslim Kampong Cham. Antara tempat menarik disini kami sempat melawat jambatan buloh yang mesih kekal dijaga untuk pelancong yang berkunjung disini.Perjalanan dari Kamphong Cham ke Siam Reap didalam keadaan panas terik. Jalan raya yang berhabuk dan sikap pemanduan trak, bus dan van perlulah berhati-hati. Kenderaan yang besar kurang beri perhatian kepada motosikal. Contohnya bila ada bas yang hendak memotong dari arah hadapan kita, dia main hentam sahaja , kita sebagai kenderaan kecil kena beri laluan dengan mengelak ke bahu jalan raya. Perlulah berhati-hati jika anda yang hendak kesana dengan motosikal.

Siam Reap memang sudah dikenali serata dunia dengan Angkhor Watt. Pembinaannya selama 400 tahun untuk menyiapakannya dengan tidak ada kelengkapan moden. Kami sampai di Siam Reap jam 6.00 petang. Keadaan lalulintas amatlah sibuk dikawasan bandar . Terus sahaja kami menuju ke Angkhor Watt kerana mulai jam 7.00 petang adalah free untuk masuk. Jimatlah 20 USD tiketnya. Sampai di pintu masuk bahagian belakang Bang Eid dan konvoi ditahan untuk pemeriksaan tiket. lalu Bang Eid meminta ia selama 15 minit awal untuk masuk mengambil gambar.Terima kasih pak Guard masuk percuma. Kami dikerumuni pelancung dan polis pelancungan untuk mengetahui kembara kami dari mana. Apa lagi Anhar dan pak Mushni jadi artislah di temuramah. Sempatlah kami berposing ditempat bersejarah ini.















DAY 15 - 27HB NOVEMBER - :THAILAND CAMBODIA-Siam Reap- Pataya

Hari yang ke 15 merupa hari yang terakhir perjalanan kami di negara Cambodia. Dari Seam Reap kemi terus bergerak menuju ke sempadan Cambodia- Thailand . Bandar smpadannya Poi Pet. Sebelum tiba di Poi Pet kami melalui bandar Sisophon. Memamang berbeza jalanrayanya semasa bang Eid masik tahun 2006 dahulu. Siam Reap ke sempadan Thailand 90 peratus offroad ketika itu. Pemandangan itu sudah tidak ada lagi.

Kami tiba disempadan dengan penuh sesak pelancung di disempadan Cambodia. Bang Eid terlihat kelibat Aziz pegawai Imegresen Cambodia. Terus dia meluru datang kepada bang Eid. Nak ekspress tak payah beratur 200 THB katanya. Hulur sajalah apa tunggu lagi dari nak beratur dengan panjang barisan nak ke kaunter. Siap dengan masa 15 minit hahahahaha. Beginilah bentuk kurapsi disana, apa boleh buat.Setelah selesai di negara Cambodia kami masuk ke Thailand bandarnya Aranyaprathet. Terserempak dengan pengembara-pengambara motosikal datang dari seluruh dunia. Antara yang kami temui dan dapat beramah mesra ialah Mr.Cris Jones dari England. Sempat kami rakamkan gambar sebagai kenang-kenangan bersama seorang rider yang memngelilingi dunia. Untuk maklumat terkini Chris Jones sekarang berada di Australia.Di sempadan Thailand kami juga mengambil masa tidak kurang dari 1 jam setengah. Setelah selesai urusan kastam dan Imegresen kami bergerak keluar dari kompleks untuk mencari kedai muslim yang terletak di kawasan pasar Bundle. Legaaa.. bayangkan dari pagi tak menjamah apa-apa selain makanan ringan , pukul 3.00 petang baru jumpa nasi, adehhh inilah yang menguji kesabaran kami.

Perjalan diteruskan ke Pataya, Thailand dengan isi perut yang kenyang. Dalam perjalanan bang Eid dapat bertemu sebuah van dengan pelancung Malaysia membeli belah di pasar bundle di Aranyaprathet.Mereka begitu hairan dengan kami bermotosikal jelajah 4 negara. Jalan menuju ke Pataya melalui bandar Sakeo,Kabin Buri route 331 menuju ke selatan Thailand. Kami tiba di Pataya jam sudah 8.00 malam. Sempat lagi kami menjamah makan malam di kedai muslim di Jalan Pataya Klang.























DAY 16- 28HB NOVEMBER - :THAILAND- Pataya

Pataya sebuah bandar pelancungan yang terbesar di Thailand. Kebetulan hari itu mereka menyambut Luaykhratung. Apalagi meronda sakan kami di walking street. Hal walking street ini bang Eid tak nak cerita panjang disini. Apa yang tak ada dinegara kita semuanya ada disini.Seronok melihat hiasan pakaian dimalan Luaykhratung ini. Macam-macam feshion ada terbuka sana terdedah sini.. Pandang sekali tak berdosa pandang 2 kali sudah jadi dosa.. Naauuzubillah.

Berehat 2 hari di Pataya dengan hujan menyebabkan kami malas dan terperap didalam bilik.Ini baru betul berehat dengan kepenatan selama 15 hari diatas moto bayangkanlah. Enjin moto pun dah bunyi lain macam. Olehitu kami pun membuat servis tukar minyak enjin, penapis minyak dan pelarasan rantai. Jarak perjalanan lebih kurang 3000 km , servis yang terakhir kami buat di Chiang Mai Thailand. Perrrrggh sudah 2 negara pusing baru servis. Memang lasak lah jentera FZi ini. Moto touring yang terbaik yang pernah bang Eid ride.



Luaykratong Festival










DAY 17 - 29HB NOVEMBER - :THAILAND- Pataya - Cha AM
Bye..bye bandar Pataya dengan seribu pemandangan indah,menjolok mata dan tidak menjolok mata.Sudah 2 hari disini rasa malas nak memegang handle moto untuk balik ke Malaysia. Perjalanan melalui lebuhraya bypass bandar Chon Buri.Jika dilihat di papantanda motorway !!( ini bermaksud hanya kenderaan 4 roda sahaja dibenarkan)ada caranya untuk masuk kelebuhraya ini. Bagai mana caranya ??? Bawa buku 555.. jumpa saya nak bagi ilmu ride. Melepasi kesesakan di lebuhraya Chon Buri-Bang Na Trat kami sampai di ferry untuk menyeberangi Sungai Mae Nam Chao Praya. Tambang RM 1.00 jerr dengan ferry sambil berehat menikmati keindahan sungai dan jambatan yang cantik.

LabUhraya 35 pulak menjadi habuan kami.. terpaksa ikut jalan tepi untuk motosikal, paling membosankan dengan kesesakan kenderaan di Kota Bangkok. sehinggalah kami sampai di Gerai Pak Manap Stesen PTT Cha Am. Hentamlah masak lemak cili padi dan asam belacan berulam timun disini. Seterusnya kami ke Pantai Cha Am. Disini kami menginap di Cha Am Beach Reasort dengan bayaran agak mahal RM70.00 semalam. Dibilik sebelah kedengaran Shahir merungut perutnya dah membuat. Terbaring kaku dengan kepanasan suhu badannya. Ubat sakit perut dan demam sudah ditelan. Tak juga berasur pulih kesihatannya. Ini yang membuat bang Eid risau di penghujung ride.






DAY 18 - 29HB NOVEMBER - :THAILAND- Cha Am - Thung Song

Di Cha Am kami menikmati keindahan pantainya dan kami terserempak dengan kontenjin bola tampar dari Malaysia datang kesini untukacara sukan antara universiti negara-negra Asean. Berborak panjanglah kami bercerita tentang perjalanan kami. Hari ke 18 Shahir masih belum pulih dari keracunan makanan. Kami gerak awal untuk ke Bandar Hua Hin dengan tujuan untuk mengunjungi Hua Hin Bikeweek. Malangnya baru ada persiapan tempat saja. Sempat bergamgambar depan poster jadilah.

Shahir nampak begitu letih sekali. Kami bercadang untuk pos motor dan Shahir dengan kereta api, malang juga bagi kami semua kargo penuh datang dari Bangkok. Nak tak nak kena kayuh lah seberapa jauh yang boleh . Dalam perjalanan Shahir kelihatan amat perik sekali lebih dari 10 kali berhenti untuk buang air besar. Akhirnya kami tiba di pekan Thung Song pada jam 9.00 malam , terus mancari kedai makan di stesen minyak . Nasib kami baik kerana belum lagi tutup sempat mengalas perut kami.

DAY 19 - 30HB NOVEMBER - :THAILAND- MALAYSIA - Thung Song - Bukit Kayu Hitam

Hari yang ke 19 perjalanan kami untuk pulang ke tanah air. Hujan pagi membasahi pekan Thung Song. Kawan-kawan di Malaysia sudah siap sedia menyambut kepulangan kami. Seperti biasa kami check out dari hotel bajet kami jam 10.00 pagi untuk bersarapan di kedai muslim pekan Thung Song besebelahan stesen minyak PTT. Perjalan pagi dengan kenderaan tidak banyak diatas lebuhraya menuju keselatan. Sekejab hujan dan sekejab berhenti mengiringi perjalanan kami. Target untuk sampai disempadan Malaysia Thailand pada jam 3.00 petang.

Alhamdulillah keadaan Shahir semakin baik. Nampak dia segar kembali setelah berehat sepanjang malam, Makan tengahari pun belum lagi. Rindu kepada kaum keluarga dan rakan-rakan yang sedang menunggu kami. Sempat kami membeli pulut ayam di Pekan Dannok sebelum keluar. Setelah selesai urusan di Imegeresen Thailand kami terus ke Kompleks Bebas Cukai dimana rakan-rakan FZi 150 menunggu kami.Teruja kami dengan sambutan yang diberikan. Terima kasih semua rakan-rakan FZi yang datang menyambut kami. Dikesempatan ini bang Eid ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca majalah ini, yang membaca story ini dari mula hingga ke episod akhir nohhhh. Jumpa lagi dimasa akan datang nohhh ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa dalam tulisan bang Eid Nohhhh...