INDOCHINA RIDE ( Bahagian II – Pattaya - Cambodia ) Didalam keluaran yang lepas catatan perjalanan Bang Eid perjalanan dari sempadan Malaysia Thailand ke Pattaya . Pembaca majalan ini mungkin membeli majalah keluaran khas Pattaya Bike Wek . Cerita Pattaya mungkin ditulis dengan lebih banyak alkisahnya event yang terbesar di Asia. “ Pattaya “ merupakan satu tempat pelancungan yang paling seronok dirantau ini . Tidak hairanlah dari seluruh pelusuk dunia pengunjung “ Pattaya Bike week “ . Amerika , United Kingdom, Italy, Perancis, Jerman, Norway dan banyak lagi negara-negara yang tidak dapat disebutkan disini.Pada 10 Feb 2012 ada hari pembukaan pendaftaran di “ Pattaya Bike Week “. Jam menunjukkan 9.00 pagi , di lobby Hotel Prima Palace terserempak dengan Dr. Nazman Khamis , Kak Nor dan Mizi Pendang yang datang dengan kereta.Satu lagi group Iwan dari K.Lumpur bersama keluarganya . Apabila terserempak dengan Bang Eid kat sini mulalah nak kena jadi ‘tour guide’ mereka . Hasrat Iwan dan rakan rakan disampaikan kepada Bang Eid untuk menjadi guide di Kota Bangkok. Nak menolak macam kata lah semua kawan-kawan. Seha rian lah bersama mereka membeli belah dan mencuci mata di kota Raya Bangkok . Sampai kemalam lah aktiviti bersama rombongan ‘che Kiah ‘ di Kota Bangkok.11hb Feb 2012 adalah hari kemuncak Pattaya Bike Week . Sambutannya amat lah diluar jangkaan . Berbagai kelas dan ketegori moto di pamerkan bermula dari kupcai hingga sebesar cc pun ada disini. Jika di Malaysia bike week hanya mempamirkan motosikal sahaja dan berlainan disini. Truck , kenderaan 4 x 4 , kereta kuda , Jeep , side car semua dibenarkan masuk ke “ Pattaya Bike Week “ . Gerai-gerai jualan hampir-hampir 1 km panjangnya kalau kita berjalan kaki untuk membeli belah. Disebelah malamnya pula ada saat yang ditunggu-tunggukan semua pengunjung . Konsert dan pelbagai persembahan di pertontonkan. Pertama kali bang Eid menyaksikan konsert kumpulan “ Carabao “ yang popular dengan lagu “ Made in Thailand”. Jam sudah menunjukkan 4 pagi tetapi suasana di Chai Yaphruek stadium masih gamat lah dengan pengunjung. Jalan masuk ke sana tak payah ceritalah 4km hingga 5 km kesesakan lalu lintas disana.Pattaya – Trat- Koh Kong . Pada keesokan harinya 12 hb Feb 2012 bermulalah perjananlah yang mencabar hati, fikiran dan fizikal bang Eid. Bro Rashid yang bercadang untuk bersama-sama bang Eid membatalkan hasratnya . Jadi ride solo lagi ke Cambodia untuk kali ke 2. Dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim bermulah langkah bang Eid secara solo kesana. Seawal jam 8.00 pagi jentera Demak DTM 150 dihidupkkan . 344 km jarak perjalanan dari Pattya ke sempadan Thailand ( Hat Lek )- Cambodia . Melalui route no . 3 keselatan Pattaya . Antara Bandar yang di lalui Na Chom Thian, Sattahip, Phlu Ta Luang, Rayong, Klaeng, Chanta Buri dan Trat .Bandar Trat 255km dari Pattaya adalah tempat hentian pertama untuk makan tengahari dan bersolat. Ramai juga orang-orang muslim di perkampungan Islam di Trat. Di Pekan Trat ini juga bang Eid menukar minyak enjin setelah perjalanan dilalui sejauh 1800 km. Jenama shell RIMUlA R3-X adalah pilihan dihati digunakankan tanpa was was . Bayarannya hanyalah 30 THB ( RM 3.00 ) kos servis. Perjalanan diteruskan ke sempadan Cambodia dari Trat ke Hat Lek sejauh 89 km. Sampai di sempadan lebih kurang jam 4.30 petang waktu Malaysia. Proses dekumentasi disebelah Thailand amat mudah hanya 30 THB dikenakan untuk pengisian borang import keluar motosikal. Manakala disebelah Cambodia adalah menjadi tanda tanya . Ada rakan-rakan yang masuk kesini dikenakan sebanyak 30 usd. Alhamdulillah dapat ikut dari belakang orang tempatan bagi mengelakan duit kopi untuk membuka pintu ( Gate) sempadan. Laluan tepi pondok pintu sempadan digunakan oleh penunggang tempatan . Jadi tentunya mereka menyangka bang Eid adalah orang tempatan . Ha ha ha selamat dari kena duit kopi untuk membuka pintu sempadan. Di Imegeresen Cambodia mereka menyangka bang Eid luar dari Asia mereka meminta untuk mengisi borang permohonan Visa asing. Tapi bila diberitahu Malaysia , baru dikecualikan dari memohon visa hanya pengisian kad putih . Kena juga membayar duit overtime sebanyak 100 THB sebab hari Ahad. Ha ha ha lain padang lain belalang. Memasuki negara ini untuk kali kedua secara solo adalah satu pengalaman yang sukar hendak dilupakan . Tahun 2006 dulu pernah bang Eid jejakkan kaki disini. Zaman itu tak maju macam 2012 ini. Jalan sekarang sudah berturap hampir 70 peratus . Walaupun ada pengalaman harus hati-hati juga. Dari sempadan lebih kurang 8 kilometer Bandar yang pertama adalah Koh Kong . Amat teruja sekali bila menyeberangi sungai ini melalui jambatan yang panjang kira-kia hampir 1 km . Pekan ini pesat membangun dengan hotel dan kasino . Selepas pekan Koh Kong tidak lagi bang Eid temui kecuali hutan simpan yang tebal. Jalannya lenggang dan sekali sekala terjumpa kenderan berat . ini yang membuatkan hati menjadi cemas meluli jalan yang berhutan ini. Hari dah hampir gelap jam menunjukan pukul 7 .00 petang. Di tengah-tengah hutan ini bang Eid dikejukkan dengan sepasang pelancung berbasikal dari Italy . Dia dan isterinya sedang mengayuh basikal. Aduhh ini yang membuatkan hati terasa tercabar. Dia boleh berbasikal mengelilingi dunia sedangkan kita bermotosikal pun hanya berpusing di rantau Asia. Andoung Tuek Hujan dah mula turun , jam hampir 7.30 malam. Bang Eid terpaksa berhenti disebuah kedai runcit . Sambil itu kena isi minyak dengan pum tangan sahaja yang ada. 1 liter bersamaan RM 4.80. Nyonya tuan kedai itu menasihati bang Eid tidak meneruskan perjalanan sebaliknya menginap di pekan kecil Andoung Tuek ( adehhh..... susahnya menyebut ). Bila kita tanya kenapa tidak boleh pergi bila waktu malam dia menggelengkan kepala . Ada sesuatu yang tak mahu disampaikan. Agaknya memang bahaya menanti apabila perjalanan diwaktu malam. Dia dengan rela hatinya meminta anaknya mencari guest house untuk bang Eid. Murah kat sini 6 usd sahaja satu malam tapi bilik berkipas tampa hawa dingin. Hujan makin bertambah lebat , perut pun dah berbunyi. Nasib baik ada nasi bungkus semasa di Trat tadi. Nasi bungkuslah menjadi makan malam.Andoung Tuek – Phnom Penh Keesokan paginya 13h b Feb 2012 selepas solat subuh bang Eid turun kebawah dari tingkat atas rumah tumpangan di Pekan Andoung Tuek .Kelihatan kanak-kanak sekolah berjalan kaki ke sokolah dan pekan kecil itu di banjiri penduduk tempatan. Ketika berjalan bang Eid terpandang seorang muslim bermotosikal berhenti di tepi jalan. Lalu bang Eid member salam dan dengan bahasa isyarat tangan betranyakan dia kedai muslim. Lalu dia mempelawa bang Eid menaiki motosikalnya kekedai muslim yang terletak ditepi jambatan. Alhamdulillah disini dapat beramah mesra sesama muslim kerana ada seorang yang dapat berbahasa Thai . Jadi mudah bang bertanya dalam bahasa Thai . Rupanya disitu terdapat lebih dari 3 buah perkampungan Islam . Selesai makan bang Eid pulang semula ke rumah tumpangan untuk mengemas bagi meneruskan perjalanan. Sambil mengemas barang dimoto bang Eid dikejut kan dengan salam dari sesorang yang bertutur dalam bahasa Malaysia .“ Dari Malaysia kah “ jawab “ ya saya”. Rupanya Ustaz Yusuf penyelia masjid bagi wilayah Koh Kong. Bercerita panjang lah kami berdua dia dengan berbahasa Melayu Champa seakan akan loghat Kelantan . Sudah dua hari tak berturur bahasa Malayu ini. Rasa macam 2 bulan lamanya. Kesempatan ini bang Eid sampai sedikit sumbangan yang dikirim oleh rakan-rakan dari Malaysia . Perjalanan ke Phnom Penh mengambil masa 4 hingga 5 jam dengan jarak 320 km . Dalam perjalanan itu terpandanglah lagi sebuah masjid. Sempat singgah beramah mesra dengan guru agama dimasjid tersebut yang kurang fasih berbahasa Melayu. Jalan ke bandara ya Phnom Penh semakin baik , tetapi biasalah dengan habuk merah sepanjang perjalanan. Kalau tak ada habuk bukan Cambodia . Phnom Penh – Setibanya di bandaraya Phnom Penh ini kesesakan pun bermula dengan bunyi hon motosikal tak henti-henti. Lokasi pertama adalah masjid Jamek , disitulah tempat makananan muslim ada. Seterusnya bang Eid check in di Lylang Guest House dengan harga 13 USD satu malam. Setelah berehat bang Eid keluar meronda tempat-tempat menarik di bandaraya Phnom Penh . Antara yang sempat melawat Tuol Sleng Genocide Museum ( Museum Pol Pot ) , Independent Monument, Royal palace dan bersantai di tepi Sungai Mekong . Untuk makan malam bang Eid terus ke kedai muslim bersebelahan Masjid Besar Cambodia. Pemilik restoran itu adalah anak kepada iman besar Cambodia yang fasih bertutur bahasa Malayu Champa . Disitu juga bang Eid dapat berjumpa dengan pelancung dari Malaysia berasal dari Kelantan. Phnom Penh - Kampong Cham – Kratie. 14hb Feb. 2012 seawal pagi bang Eid bangun untuk meneruskan perjalanan dalam Negara Cambodia . Selapas sarapan pagi di kedai muslaim Masjid Besar Cambodia bang Eid meneruskan perjalanan ke Kampong Cham. Jarak perjalanan kesana adalah 200 km. Setiba di Kampong Cham sambil makan tengahari terserempak lagi dengan Kodir seorang melayu champa yang pernah bekerja menorah getah di Pokok Sena , Kedah. Apalagi berborak panjang kami di kedai tersebut sambil menceritakan pengalamannya bekerja di Malaysia. Katanya ingin datang lagi kebumi Malaysia yang aman makmur dan sejahtera. Perjalanan diteruskan ke Kratie dengan jarak 300 km . Akibat terlalu letih dan malas membuka peta laluan bang Eid telah tersasar jauh bersebelahan sempadan Vietnam. Alhamdulillah sampai juga ke Bandar Kratie ( Bandar Burung Merpati ) . Jam telah menunjukan pukul 8.00 malam . Malam ini berkeronconlah perut, nasib baik ada nasi goreng bungkus yang dibeli di Kedai Kampong Cham. Penginapan di Hotel Mittapheap juga tidak mahal Cuma 14 USD satu malam. Bilik nya bersih dan cantik dipenuhi dengan warga Eropah . Kratie- Stung Treng- Doung Kalor ( Sempadan Cambodia – Laos ) Dari Kratie – StungTreng – Dong Kalor sejauh 290 km . Pada permulaan jalan amatlah teruk berlubang dan berdebu sehinggalah mesuki lebuh raya no. 7 ke Stung Treng jalannya agak sempurna.
Dipertengahan jalan perkampong muslim , terpandang orang tua bertudung, lalu bang Eid berhenti dan memberi salam. Malangnya mak cik ini tak fasih berbahasa melayu . Tapi bila kita tanya makan nasi dia tunjuk isyarat tak jauh di hadapan. Dia kedai makan itu dapat berjumpa lagi dengan seorang gadis yang pernah bekerja di Malaysia . Semuanya memuji negara kita yang aman dan makmur ini. Jam 2.00 petang sampai di pintu sempadan Laos macam biasa untuk memasuki Negara asing proses dekumentasi perlu dilaksanakan . Sekian sahaja untuk INDOCHINA RIDE Bahagian ke 2 yang bang Eid catat dalam buku perjalanan bang Eid . Tunggu bahagian ketiga ke Negara Laos di keluaran akan datang. Jangan lupa beli GILA-GILA RAIDER nohhh !!!!. Wassalam dari
Search This Blog
Sunday, July 15, 2012
INDOCHINA RIDE ( Bahagian I – PATTAYA THAILAND )
“ PATTAYA OH PATTAYA” Tuuuuut, tuuuut, tuuuut hello bro Rashid kau nak polow aku tak ke Indochina ride? Bila ? 8 hb Feb 2012 . Nak nak nak. Itulah permulaan buka bicara setelah proposal yang di hantar ke Demak Motor . Setelah menunggu kelulusan sekian lama dari Demak Motor sampai harinya pada 8 hb Feb 2012 . Seminggu sebelum itu bro Firhat ada menalepon aku untuk pollow hinngga ke Pataya . Pada 7hb Feb 2012 bro Rashid telah bertolak dari Johor Baru dengan TDM 800 nya. Tiba di Jitra pada Jam 7.00 pagi. Dia terus bergerak ke Hatyai untuk berehat setalah 800 km perjalanan. Pada 8 hb feb 2012 selepas solat subuh akupun bergerak dari rumah untuk ke border dan bro Firhat belum kelihatan lagi. Aku pun terus ke checkpoint Imegresen Malaysia dan tiba di situ disambut oleh rakan aku Anas , Shedee dan Botak mengucapkan selamat jalan. Sampai di checkpoint Thailand bro Firhat muncul sama-sama menguruskan proses dekumentasi di Thailand. Tepat Jam 8.00 pagi kami bertolak , sebelum itu aku hello bro Rashid untuk menunggu aku dan Firhat di Stesen Shell Phatalung. Lebuhraya 41 Phetkassim lenggang dari kesibukkan di awal pagi lagi , lancar kuda putihku DTM 150 ( Sumbangan Majalah Kupcai ) berlari bersama KLE 500 bro Firhat. Perjalanan dari Border ke Phatalung sejauh 158 km hanya mengambil masa 2 jam dengan kelajuan DTM 150 diantara 90kmj - 100 kmj.Setelah aku dan Firhat sampai di Shell Phatalung bro Rashid belum lagi kelihatan. 15 belas minit kemudia dia muncul sambil membebel kata nya janji 6.30 pagi bertolak. Faham saja lah proses dekumentasi di kedua-dua sempadan sekurang kurangnya satu jam lamanya. Isian minyak yang pertama sejauh 158km DTM 150 adalah sebanyak 5.2 liter atau bersamaan 1 liter= 30km+-. Jadi anggaran perjalan aku 7000km memerlukan 233 liter pada kadar 42.00 THB/Lit ( Lu kira lah sendiri bro...berapa kos untuk minyak ) Kami bertiga bersetuju untuk “free and easy ride” tidak berkonvoi. Hentian seterusnya adalah di stesen PTT Thung Song.. Disana kami mengalas perut jam menunjukan pukul 11.30 pagi. Bro Rashid dengan kuda Hitam TDM 800 terus memecut meninggalkan aku dan Firhat. Dia sampai lebih awal lagi . Bila kami dah sampai dia sedang mengalas perut dengan enaknya.“Free and easy ride” lagi konsep kami , hentian seterusnya di Surathani . Air kelapa jelly di tepi jalan bagi menghilangkan haus tekak kami. Bro Rashid terus memecut bagi mendapatkan gerai air kelapa jelly itu. Setiap hentian mana-mana rider yang sampai dulu hendaklah ‘parking’ moto di tepi jalan bagi memudahkan kami untuk ‘regroup’. Aku dan Firhat hampir-hampir terlepas pandang hentian bro Rashid di tepi jalan , apa taknye apabila kenderaan bertambah diatas lebuhraya 4 Phatalung Bangkok. Lega rasanya tekak dapat menjamah air kelapa jelly itu. Seterusnya kami bertiga meneruskan perjalanan ke Chumpon . Disini juga kami berehat dan setiap perhentian kami jadi perhatian penduduk setempat. Di stesen Caltex Chumpon kami diberi sebiji buah durian oleh pemandu ‘pickup’ Thailand. Dia amat simpati dengan perjalanan jauh kami, tapi durian itu kami tak sempat nak makan hanya dapat bergambar sahaja. Terima kasih rakyat Thailand yang berbudi bahasa tinggi. Kejar masa untuk solat jamak di Prachuap Kirikhan. Bro Rashid berhenti ditepi jalan melambai aku untuk berhenti. Tapi bro Firhat dengan KLE 500nya hilang entah kemana? Jam dah hamper pukul 6.45 ptg. Aku bergegas ke Masjid belakang gerai . Bro Rashid masih masih menunggu bayang-bayang Firhat yang tidak muncul . Dia mengambil keputusan untuk mengejar Firhat dihadapan agaknya . Hentian kami yang janjikan adalah lampu isyarat Prachuap Kirikhan. Sampai disama aku berhenti di gerai maklong sebelum lampu isyarat .Bayang Rashid dan Firhat belum kelihatan. Tiba-tiba Rashid menalipon aku dan jumpa Firhat yang tersasar jauh dari lampu isyarat . Aku dah jamah makan malam digerai mak long jam hamper pukul 8.00 malam. Akhirnya Rashid dan Firhat berpatah balik ke gerai mak long aku dah cekang perut menunggu mereka. Kami telah mengambil keputusan untuk bermalan di Phetcha Buri lagi 100 km dari Prachuap Kirikhan. Sampai di stesen PTT Cha Am kami berehat lama disitu., hanya sekadar segelas kopi pejalanan sedah mencecah 800 km . Hanya tinggal 50 km untuk ke Phetcha Buri . Sampai di Phetcha Buri aku bawa bro Rashid dan Firhat untuk mencari resort di tepi pantai. Dalam perjalanan aku telah kehabisan minyak akibat tidak top up di stesen PTT Cha Am . Alhamdulillah 5 liter minyak dalam tong yang aku bawa dapat membantu ketika kehabisan minyak. Kami mengambil keputusan untuk tidak bermalam di tepi pantai . Akhirnya kami bermalam di Pekan Petchaburi sebuah guesthouse dengan kadar 400.00 THB. 9hb Feb 2012 kami meneruskan perjalanan di awal jam 7.00 pagi bagi mengelakkan kesesakan Bandaraya Bangkok. Perut aku dan berbunyi bangun tanpa sarapan hanya segelas kopi di 7 eleven PTT. Dalam celah-celah kesibukan kenderaan pagi lebuhraya Phecha Buri aku ternampak lambang bulan dan bintang besar berwarna merah . Itulah kedai abang Soh yang kami singgah sarapan pagi itu bagi meneruskan perjalanan sejauh 300 km ke Pataya. Mengharungi lebuh raya 35 ke Bangkok amat memerikkan . Apataknya, kat sinilah Budin dari Lanun Bikers kena saman menggunakan lebuhraya. Motosikal , lori tidak dibenarkan masuk dilebuhraya 35 ini . Kena guna laluan khas untuk moto/lori. Mengampiri Bangkok kenderaan bertambah sesak . Nasib baik pengalam yang lepas amat berguna untuk ride kali ini. Samut Sakhon highway 35 telah habis diharungi sampai di persimpangan bertingkat ke Phra Pradaeng untuk laluan pintas dengan ferry ke Samut Phrakhan seterusnya memasuki Bang Na – Trat highway. Banyak jalan sehala mengahampiri ferry membuat aku tersasar jalan ke ferry. Akhirnya Alhamdulillah jumpa . Hanya 10.00 THB kami dapat jimatkan masa merentas bandaraya Bangkok. Laluan ke Pataya menerusi lebuhraya Bang Na –Trat , kami juga terpaksa memlalui laluan tepi kerana tidak dibenarkan masuk lebuhraya perjalanan menjadi lebih lambat menggunakan laluan tepi lebuh raya akhirnya kami sampai di Pataya pukul 12.00 tengahari dan terus ke Chai Yaphruek stadium dimana persiapan untuk Burapa bike week dijalankan . Malangnya pendaftaran masih belum dibuka . Terserempak dengan bro Atan ( Loklag.com) memaklumkankan bahawa pendaftaran untuk Burapa Bike Week akan dibuka pada esok pagi 10hb Feb 2012. Lalu kami terus ke pekan Pataya .Di Pataya Tai kami check in di Hotel Prima Place dengan kadar 450.00 THB semalam . BERSAMABUNG DI BURAPA BIKE WEEK – dari Bang Eid Sidek.
Tuesday, March 1, 2011
2007 - RIDE TERJAH CAMBODIA
2007 - RIDE MENCARI BOM DI CAMBODIA Tanggal 9hb Feb 2007 aku cuba ride ke Cambodia secara solo. Jam 6.30 pagi aku dan rakan-rakan Kubang Pasu Bikers memula pejalanan. Mereka mereka ini ride sampai Arranyapatet sahaja manakala aku terjah secara solo sampai di Siem Reap. Tujuannya untuk melihat kesan bom diatas jalanraya yang sedang dibangunkan kan wakakaka... best best. Jom kita tengok gambar-gambar yang aku abadikan di blog ini : Dalam gambar dari kiri Fadil( Mr Preseden Kubang Pasu Bikers Club), Abdul Wahab,Lan,dan berbaju oren belakang Bang Det. Aku amat suka mercu tanda ini.. setiap kali ride mesti singgah kesini. Moto Al Deen dan Al Wahub membantu Sesat.... dikota Bangkok dengam bantuan polis ha ha ha padan muka aku.. Moto Daggg Donnn tercabut skrew... ha ha ha gegaran copper Kenang kenangan di Pattaya Thailand Alhamdulillah ada pegawai Imegeresen Muslim disini membantu aku.. kalu tak silap nama dia Encik Aziz. Aku kesaorangan.... yang lain masuk dengan kereta.. Dah kenaaa boommmmmmm.. Anak-anak orang khemer ... merereka masih berkaki ayam lagi.mencari ikan ditaliair. Orang Khermer yang membantu aku di Sissapon Best layan jalan ini.. Ada orang tanya aku... kenapa ditampal dengan tape warna merah tu....VVVVV.....OOOOO....AAAAAA beres boleh masuk Mengintai dipintu belakang....Kereta kuda pun ada kat Ankhorwatt Akhirnya.... bolos juga boleh masukShopping lah.. Dah jumpa mangsa BOMMMM..Lagi Mangsa BOMMMM>>>
Subscribe to:
Posts (Atom)







