Search This Blog

Wednesday, July 18, 2012

2006 GOLDEN TRIANGLE RIDE



Pada 13hb Jan 2006- telah tercatat dalam sejarah hidup aku .. bermulanya perjalanan ke GOLDEN TRIANGLE. Konvoi dari KUBANG PASU BIKERS KELAB telah memulakan perjalanan ke G.T . Tapi aku pada tanggal 11hb Jan 2006 masih belum membuat keputusan . Konvoi telah sampai di Hua Hin pada 12hb jan 2006. Nak tak nak aku kena pergi .....aku kena pergi lantas 11hb Jan malam aku menalipon Ashaker tunggu aku di Hua Hin apabila mereka sampai ke sana . Ketika itu mereka masih lagi Di Chumpon....
Jam 6.00 pagi 12 Jan 2006 aku nekad untuk kejar kenvoi kesana . kena Ironbutt lah apa lagi.... pasti aku dapat mengejar mereka. Ini sedikit gambaran dalam konvoi tersebut...

Akhirnya aku berjaya sampaidi Hua Hin pada 13hb Jan 2006 setelah 700 km ride secara solo . Pada 14hb Jan kami bergerak ke Kancanaburi River Kwai

Sampai juga aku ke River Kwai...

Kampheang Phet..
Tak jauh dah... nak sampai







Sunday, July 15, 2012

INDOCHINA RIDE PART IV

INDOCHINA RIDE ( Bahagian IV- THAILAND – GOLDEN TRIANGLE ) Berjumpa lagi INDOCHINA RIDE di bahagian ke IV . Terima kasih Nohhh!!!! diatas sokongan pembaca majalah ini yang mengikuti stori hingga ke bahagian akhir ini . Negara Gajah Putih merupakan destinasi akhir perjalanan bang Eid . Tidak hairanlah mengapa ramai rider-rider yang gemar datang kesini dengan motosikal berkuasa tinggi kerana negara ini bermacam-macam ada termasuk lah “ masat-masat” apabila kebas bontot selepas ride beribu-ribu kilometer .
MAHA SERAKHAM – CHIANG RAI ( 800 KM ) – 17.2.2012 Hati rasa seronok sebab kali ini mengejar untuk berjumpa orang Malaysia di Golden Triang iaitu Haji Own dan Cik gu Rahim dari SPCT Bikers Club. Setelah membaca status Haji Own di halaman muka buku hati rasa bersemangat sebab dah lama tak berjumpa orang Melayu. Jam 7.00 pagi bang Eid bergerak dari bandar Maha Serakham. Perjalanan dari Maha Serakham akan melalui bandar Roi Et ,Kohon Kean , Phitsanulok , Uttaradit, Phayao dan sampai di Chiang Rai. Perjalananannya sejauh 800 km amat mencabar . Ada laluan yang rata dan mendaki tanah tinggi. Hanya berbekalkan roti bagi mengalas perut. Di seven Eleven kebanyakan roti dan kek ditandakan dengan logo halal. Di bandar Uttaradit bang Eid sempat bergambar di papan tanda selamat datang ke Uttardit dan jambatan merentangi antara gunung-gunung untuk tatapan pembaca disini.



Penorama alamnya amat menarik sekali. Bentuk meka bumi yang bergunung ganang amat memukau pandangan orang yang mealui laluan ini. Sampai di bandar Phayao hari dah senja dan gelap. Suhu telah turun keparas 18 darjah Celsius, namun perjalanan tetap diteruskan tanpa henti ke destinasi Chiang Rai. Jecket tidak mampu lagi menahan kesujukan , baju hujan terpaksa disarungkan untuk meningkatkan suhu badan. Jam 11.00 malam tiba di bandar Chiang Rai. Tawakkal saja untuk mendapatkan bekalan makan. Alhamdulillah Ramadan nama tauke kedai sadang mengemas untuk menutup kedai. Akhirnya dapat juga nasi goring sepinggan setelah 16 jam tidak menjamah nasi. Ramadan membantu bang Eid untuk mendapatkan kadar hotel yang rendah di Chiang Rai hanya 370 Bath untuk satu malam. GOLDEN TRIANGLE – 18.2.2012 Setelah selesai sarapan pagi di Hotel bang Eid pun checkout dari hotel pukul 8.00 pagi untuk ke Golden Triangle . Sampai disana terus ke papan tanda tugu Golden Triangle ( Segitiga sempadan Thailand-Laos- Myanmar ). Tempat ini menjadi sejarah pada bang Eid kerana ini adalah kali ke 5 menjejak kaki ke Golden Triangle. Setelah puas merakamkan gambar dan membeli baju untuk kenang-kenangan bang Eid pun menalipon Haji Own dan Cikgu Rahim yang sedang menunggu di pekan Chian Sean.
Maka kami berborak panjang dan kelihatan Haji Own dan cikgu teruja apabila melihat demak DTM 150 mampu jejak ke Segitiga Emas. Setelah puas berborak panjang bang Eid meneruskan perjalanan ke Mae Sai ( sempadan Myanmar ) disana bang Eid tak dapat nak bershopping lagi wang disaku hanya ada 5000 Bath. perjalanan balik ham 2500 km lagi ke Malaysia. Setelah mengambil gambar di pintu sempadan Myanmar bang Eid ke kedai muslim Cina Yunan. Sedap nasi ayam disitu bagi mengalas perut.
DOI MAE SALONG ( Gunung Mae Salong ) Jam 2.00 petang bang Eid bergerak dari Mae Sai untuk ke Doi Mae Salong. Cuaca amat kering dalam perjalanan amat terasa kepanasan enjin Demak . Pendakian ke Gunung Mae Salong diharungi dengan selamat. Selekoh tajam dan lurah yang menjunam tidak hairan bagi Demak ini . Di pertengahan jalan bang Eid berpeluang untuk bergambar dengan bantuan dari warga Eropah . Akhirnya sampail kepuncak nya. Pekena .. teh buatan tempatan amatlah terasa kepuasanya di sebuah restoran keturunan Yunan Muslim.

Alangkah terkejutnya apabila dia memberi tahu bahawa Chef Wan pernah datang ke restoranya untuk merakamkan rancangan masakan. Buktinya terdapat gambar Chef wan terpampang dinding kedainya. Disini terdapat taman bunga yang cantik untuk diambil gambar dan juga batu tanda ‘ 0 kilometer ‘ bagi route 1234. DOI ANGKHANG ( Gunung Angkhang ) – 19.2.2012
Dalam perjalanan ke Doi Angkang bang Eid terpaksa bermalam di Fang. Sebuah bandar dikaki pergunungan . Bayaran untuk bermalam di U.K Hotel hanyalah 250 Bath untuk bilik berkipas angin. Di sebelah malamnya bang Eid cuba mencari nasi malangnya kedai telah tutup . Hanya muslim Myanmar menjual roti canai jadi habuan malam ini. Keesokan harinya perjalanan di teruskan ke Doi Angkang . Pendakian sejauh 25 kilometer dari bawah ke puncak. Cerunnya amat curam dan terasa mengaumnya injen Demak ini. Di pertengahan jalan sempat juga singgah di satu kem site untuk orang yang berminat cara berkhemah.

Banyarannya amat murah sekali hanya 100 Bath untuk satu malam sewa tapak berkhemah. Perjalanan hanya tinggal 10 km sahaja untuk kepuncak. Cuaca amat dingin seperti Genting Highland i. Disini terdapat minoriti Yunan Muslim , terdapat sebuah surau dan bangunan kelas agama . Disini bang Eid sempat melawat dan bergambar Taman Bunga Diraja Thailand . CHIANG Mai. 20.2.2012 Perjalanan dari Doi Angkhang ke Chiang Mai mengambil masa 3 jam lebih. Dalam perjalanan bang Eid terserempak dengan rider-rider dari luar negara yang datang ride ke Thailand . Thousand Corner adalah menjadi impian meraka untuk ride kesini. Tetapi bang Eid terpaksa membatalkan hasrat untuk kesana disebabkan bajet yang amat ciput. Malangnya nasib Demak DTM ini tidak dapat meratah 1000 corner. Sampai di Bandar Chiang Mai bang Eid terus ke setesen keretapi Chiang Mai . Semua perancangan untuk ride mengelilingi Thailand terpaksa dibatalkan. Nasib baik masih ada tempat dan kargo untuk Demak dibawa ke Bangkok.

Jadual perjalanan keretapi adalah pukul 2.30 petang , namun train terlewat dari jadual . Jam 4.30 ptg baru dapat bertolak ke Bangkok. Hanya buah , kek dan roti menjadi makan malam diatas keretapi. Pada jam 11.00 pagi keretapi tiba di stesen Hua Lampong Bangkok .
BANGKOK – 21.2.2012 Ride di Bandaraya Bangkok seperti di ceritakan dalam bahagian pertama dulu amatlah mencabar dengan kesesakan trafik disini. Ha ha..... nasib malang kali ini tersasar masuk ke laluan lebuhraya . Apa lagi nak disamanlah orang sarjan misai. Minta ampun dan maaf laaa pak datuk woooi . Akhirnya dilepaskanjuga. Jam 2.00 petang tiba di kedai Pak Manap di Cha Am . Hahhh dah kebulur nasi bang Eid. Di hidangkannya masak lemak pulak. Aduhhh ridunya masakan ala Malaysia dah lama tak menjamah masak lomak ini. Perjalanan diteruskan ke selatan Thailand sampai di Chumpon hari dah gelap . Satu masalah besar telah bang Eid alami iaitu keracunan makanan. Perut memulas teramat, daya tumpuan tunggangan tak terkawal lagi. Target bang Eid Jam 2 pagi sampai di Bandar Hatyai, namun tak terdaya . Hanya tinggal 250 km lagi ke Hatyai badan telah hilang tenaga akibat keracunan makanan di Bangkok. Keputusan diambil untuk bermalam di guesthouse di Nakhon Sitahamarat. Bayaran bermalam disitu cuma 270 Bath. Terus terdampar dikatil tak dapat bangun lagi dengan Demak di bawa masuk sekali didalam bilik. DANNOK- BUKIT KAYU HITAM ( Sempadan Malaysia ) 23.2.2012 Dari Nakhon hanya tinggal 250 km lagi badan masih lagi tak bermaya namun perjalanan tetap diteruskan ke Bandar Hatyai . Dalam perjalanan teringat pula minyak injen dah melebihi 1500 km. Di Pekam Tamot bang Eid singgah untuk makan dan menukar minyak enjin . alhamdulilah selamat tiba di sempadan Malaysia jam 4.00 petang. Disambut oleh Anas dan Shidi orang yang menjaga pintu pagar sempadan Malaysia. Tamat sudah alkisah perjalanan bang Eid . Sekiranya terdapat salah dan silap dalam catatan ini dipohonkan jutaan maaf. Terima kasih tak terhingga kepada sahabatku Ghani Arafat dari majalah KUPCAI , pihak pengeluar Demak DTM 150 dankesemuanya rakan taulan yang member semangat pada bang Eid. Kita jumpa lagi sekiranya masih ada umur yang panjang ... wassallam dari Bang Eid .

INDOCHINA RIDE ( Bahagian III – LAOS - THAILAND )

INDOCHINA RIDE ( Bahagian III – LAOS - THAILAND ) Terima kasih pembaca “ Gila Gila Rider “ , sudah masuk bahagian III Indhochina Ride untuk keluaran kali ini Nohhhh. Banyak ucapan taniah yang bang Eid terima dari penggemar screm dan rakan-rakan dalam muka buku . Semuanya itu akan menjadi semangat untuk terus ride ke negara-negara yang bang Eid belum sampai . Didalam keluaran yang lepas catatan perjalanan Bang Eid perjalanan dari Cambodia ke sempadan Laos . “Republik Demokratik Rakyat Lao “ sebuah negara tanpa pantai di Asia Tenggara dan bersempadankan Myanmar dan China di barat laut, Vietnam di timur, Kemboja di selatan, dan Thailand di barat. Negara ini amat disukai oleh pengembara yang cintakan alam semula jadi. Rata-rata di pekan-pekan kecil kelihatan warga Eropah mundar mandir kesana kemari menikmati panorama indah disini. Sempadan Cambodia – Laos ( Dongkalaw) 15.2.2012 Pada 15 Feb 2012 , jam 1.30 tengahari bang Eid menyeberang sempadan Cambodia – Laos melalui pintu sempadan ini Dongkalaw .


Proses dokumentasi sebelah Cambodia di kenakan bayaran 2 USD untuk mengambil surat pengesahan dipihak Kastam Cambodia dan diserahkan kepada pihak kastam Laos. Bagi menghabiskan matawang Real bang Eid membeli makanan ringan untuk bekalan di sepanjang perjalanan sambil diperhatikan oleh beberapa pelancong Eropah . Ketika sampai pintu sempadan Laos merupakan masa rehat bagi pihak Imegeresen Laos . Alangkah terkejutnya bang eid apabila menjenguk dipintu kaunter pegawai Imegeresen nya sedap berdengkur , jadi terpaksalah menunggu. Setelah urusan cop passport selesai bang eid mencari-cari dimanakah tempat hendak membeli insuran . Rupa-rupanya hanya dijual dibawah khemah sahaja. Bayaran untuk AGL insuran hanyalah 6 usd sahaja. Manakala proses permit import kenderaan terletak kira-kira 3 km dari pintu sempadan . Setibanya di pejabat Kastam Laos bayaran dikenakan sebanyak 20,000 kips untuk proses permit import. Khone Phapheng Water Fal – 4000 Island. Setelah selesai perjalan diteruskan ke Pakxe yang terletak kira-kira 160 kilometer dari Dongkalaw melalui route no 13 . Dipertengahan jalan di wliayah Champasak satu destinasi pelancungan yang terkenal di Khone Phapheng Water Fall atau lebih dikenali Niagra Fall Asia. Teruja sangat hati bang Eid diatas keajiaban Yang Maha Esa disini. Ditelinga bang Eid terdengar luahan perkataan “ wooow” dari pelacung Eropah . Ini bermaksud betapa hebatnya keindahan alam ciptaan tuhan ditempat ini. Air terjunnya merupakan air terjum yang terbesar di Rantau Asia. Kawasan ini juga di gelar 4 Thousand Island dimana pulau-pulau terbentuk sepanjang Sungai Mekong dan banyak air terjun disini.
Bang Eid cuba membawa Demak DTM menghampiri air terjun untuk mengambil gambar. Tapi tebingnya amat curam . Hasrat untuk mengambil gambar Demak berlatarbelakang air terjun ini tak kesampaian . Sekadar apa yang boleh sahaja untuk paparan pembaca majalah Gila Gila Rider. Seronoknya meneroka khazanah alam di Laos ini rasa di hati mahu berkemah sahaja disini .
Pakxe Dari 4000 Island perjalanan diteruskan ke Bandar Pakxe . Cuaca Alhamdulillah amat baik sekali. Dipertengah jalan Demak dah semput-semput jadinya . Tahulah bang Eid ianya akan kehabisan minyak . 5 liter minyak tong pun diisi kedalam tangki Demak. Jarak hanya tinggal 100 km sahaja untuk ke Pakxe . Setibanya di Pakxe sebuah bandar pelancungan alam semula jadi. Pakannya dipenuhi dengan Hotel dan Guesthouse. Bahasa pertuturan kebanyakan faham dengan bahasa Thai dan Inggeris . Matawang Kip dan US dollar boleh digunakan. 1 usd bersamaan 7900 kip ha ha ha jadi orang kaya pegang wang ribu-ribu neh. Setelah puas meronda disekeliling bandar Pakxe ini untuk mencari tempat penginapan maka Royal Pakse Hotel jadi pilihan ,

bayaran sebanyak 13 Usd satu malam. Jam sudah menunjukkan pukul 6.00 petang . Letih badan amat terasa sempat merehatkan badan di tilam empuk hotel ini. Setelah bagun perut mula bernyanyi . Meronda-meronda mencari kedai muslim. Nasim Indian Food . Alamak ragu-ragu tentang halal nya. Roti arabnya juga berkuahkan daging , lagi dalam hati bertambah ragu. Lalu biskut , roti dan maggi menjadi makan malam . Keesokan pagi hati bercampur gaur untuk meneruskan perjalanan dinegara Laos atau untuk pintas ke Utara Thailand. Matawang Usd hanya tinggal 50 Usd. Alamakk.. manakala Bath Thai ada 8000 lagi . Keputusan dibuat untuk keluar dari Laos. Check out time ada lagi 5 jam. Satu destinasi yang menjadi impian di Bandar Pakse ia itu Tad Gneuang Water Fall ( bukan Ted Adnan lah... ) terletak kira-kira 38 km dari bandar Pakxe. Lokasinya berada 700 meter dari jalan ( Route 16 E ). Sekali lagi hati bang Eid berkata-kata “Ya Allah ini kah keajaiban ciptaan Mu”.
Rata-rata bang Eid ride belum jumpa lagi keindahan air terjun seperti ini. Untuk masuk kesini bayaran sebanyak 1 usd dikenakan . setelah puas merakamkan panorama indah air terjun dan naik berehat di cafeteria di situ dan didatangi oleh seorang bikers dari Mae Sai , Thailand . Kami pun saling bertukar-tukar fikiran dan bercerita tentang pengalaman ride masing-masing.
Bang Eid bergegas pulang ke hotel kerana masa untuk check out dah dekat. Berat hati untuk meninggalkan Negara Laos yang indah buminya. Namun apakan daya .... mungkin trip akan datang boleh dibuat khusus untuk explore habis-habisan negara ini. Sempadan Thailand- Laos ( Chong Mek ) 16.2.2012 Jarak ke sempadan Thailand ( Chong Mek ) - Laos (Vantao ) adalah 45 km .

Untuk menyeberang Sungai Mekong jambatan Nipon ( Nipon Bridge) menghubungkan kedua-dua tebing sungai ini. Jambatan ini merupakan Jambatan Yang terpanjang sekali di Laos. Sempat juga bang Eid berhenti mengambil gambar di atas jambatan ini. Jambatan ini dibina oleh bantuan kerajaan Jepun kepada Laos.

Jam 2.30 petang bang Eid sampai di sempadan Chong Mek. Sempadan ini amat berbeza sekali dengan sempada Laos-Cambodia kerana banyak gerai-gerai jualan dikiri kanan jalan pintu masuk. Pelbagai barangan keluaran dikedua-dua Negara dijual disini. Proses penyerahan balik permit import sementara kenderaan dilakukan dikaunter kastam Laos dan cop passport keluar dari Laos. DisebelahThailand pula amat sukar sekali proses kastam dan imegeresen dilakukan.

Hampir 1 jam lebih proses ini dijalankan. Ini disebabkan pegawai Imegeresennya berhenti rehat. Di kaunternya kastam pulak bang Eid diminta untuk scan semua barang barang yang dibawa . Aduhhh melebihi 20Kg barang terpaksa diusung masuk ke mesin scanner . Ini disebabkan berlakunya letupan bom di bandaraya Bangkok . Semua barang terpaka masuk mesin pemgimbas. Alangkah terkejutnya bang Eid apabila pegawai kastam berkali-kali bertanyakan ubat demam yang bang Eid bekalkan dari Malaysia. Puas juga kena perjelaskan tentang ubat yang disangkakan dadah tadi. Akhirnya dia yakin dengan apa yang bang Eid terangkan. Thailand ( Chong Mek – Ubon Ratchathani- Roi Et- Maha Serakham) 16.2.2012 Senangnya hati bang eid dapat masuk kenegara Thailand , jam 3.30 petang baru bang Eid dapat bergerak dari sempadan. Hari ini memang ikut langkah sahaja dimana tiada perancangan tempat berhenti. Ironbutt lah katakan ha ha ha . Dimana sampai disitu akan bermalam. Perjalanan dari Chong Mek ke Bandar Ubon Ratchathani berjalan lancar dengan permukaan jalan yang baik. Keselesaan tonggangan Demak DTM jelas terasa . Dalam perjalanan ke Ubon Ratchathani bang melalui route no.217 dimana bang rasa tasik besar yang bang Eid jumpa disebelah kiri jalan merupakan tasik yang terbesar di Negara Thailand. Ia nya berdekatan dengan pakan kecil Sirindhom. Seumpama lautan jika dipandang tasik ini. Cari lah lokasinya di dalam google maps . Disini juga bang Eid menukar minyak enjin untuk kali yang ketiga. Hitamnya warna minyak akibat kepanasan yang keterlaluan. Perjalanan di teruskan ke Bandar Roi Et. Jam sudah menunjuk kan 8.00 malam . Hari dah semakin gelap. Namun hati ini masih mahu berkuda dengan DTM ini yang tidak memberi sebarang masaalah. Akhirnya sampai di pekan kecil Maha Serakham dimana dikiri kanan jalannya terdapat banyak guesthouse . Tempat ini menjadi tempat persinggahan bagi perjalanan ke utara dan timur Thailand. Bayarannya hanyalah 350 Bath untuk satu malam . Alhamdulillah bang Eid selamat mengaharungi 400 km hari ini. Dari Pakxe Laos ke Bandar Maha Serakham.

Pada malam itu juga bang terbaca setatus Haji Own dan Che Gu Rahim yang akan balik dari Laos berada di Golden Triangle. Lalu bang Eid menghubunginya untuk berjumpa dengannya di Golden Triangle lagi 2 hari. Saksikanlah pennggemar majalalah ini , mengejar untuk berjumpa orang Malaysia disana dengan ride gila “ ironbutt” lagi. Sekian sahaja yang dapat bang Eid ceritakan pejalanan Demak DTM untuk episod kali ini. Jangan lupa Noooohhh , kita bercerita lagi di dalam bahagian ke IV , di destinasi menarik Golden Triangle, Chiang Rai , Mae Sai ( Sempadan Myanmar), Doi Mae Salong ( mendaki gunung ), Doi Angkhang ( mendaki gunung), Fang , Chiang Mai dan Bangkok. Jumpa di bahagian ke IV belilah majalah Gila Gila Rider Noooohhh.

INDOCHINA RIDE ( Bahagian II – Pattaya - Cambodia )

INDOCHINA RIDE ( Bahagian II – Pattaya - Cambodia ) Didalam keluaran yang lepas catatan perjalanan Bang Eid perjalanan dari sempadan Malaysia Thailand ke Pattaya . Pembaca majalan ini mungkin membeli majalah keluaran khas Pattaya Bike Wek . Cerita Pattaya mungkin ditulis dengan lebih banyak alkisahnya event yang terbesar di Asia. “ Pattaya “ merupakan satu tempat pelancungan yang paling seronok dirantau ini . Tidak hairanlah dari seluruh pelusuk dunia pengunjung “ Pattaya Bike week “ . Amerika , United Kingdom, Italy, Perancis, Jerman, Norway dan banyak lagi negara-negara yang tidak dapat disebutkan disini.
Pada 10 Feb 2012 ada hari pembukaan pendaftaran di “ Pattaya Bike Week “. Jam menunjukkan 9.00 pagi , di lobby Hotel Prima Palace terserempak dengan Dr. Nazman Khamis , Kak Nor dan Mizi Pendang yang datang dengan kereta.Satu lagi group Iwan dari K.Lumpur bersama keluarganya . Apabila terserempak dengan Bang Eid kat sini mulalah nak kena jadi ‘tour guide’ mereka . Hasrat Iwan dan rakan rakan disampaikan kepada Bang Eid untuk menjadi guide di Kota Bangkok. Nak menolak macam kata lah semua kawan-kawan. Seha rian lah bersama mereka membeli belah dan mencuci mata di kota Raya Bangkok . Sampai kemalam lah aktiviti bersama rombongan ‘che Kiah ‘ di Kota Bangkok.
11hb Feb 2012 adalah hari kemuncak Pattaya Bike Week . Sambutannya amat lah diluar jangkaan . Berbagai kelas dan ketegori moto di pamerkan bermula dari kupcai hingga sebesar cc pun ada disini. Jika di Malaysia bike week hanya mempamirkan motosikal sahaja dan berlainan disini. Truck , kenderaan 4 x 4 , kereta kuda , Jeep , side car semua dibenarkan masuk ke “ Pattaya Bike Week “ . Gerai-gerai jualan hampir-hampir 1 km panjangnya kalau kita berjalan kaki untuk membeli belah. Disebelah malamnya pula ada saat yang ditunggu-tunggukan semua pengunjung . Konsert dan pelbagai persembahan di pertontonkan. Pertama kali bang Eid menyaksikan konsert kumpulan “ Carabao “ yang popular dengan lagu “ Made in Thailand”. Jam sudah menunjukkan 4 pagi tetapi suasana di Chai Yaphruek stadium masih gamat lah dengan pengunjung. Jalan masuk ke sana tak payah ceritalah 4km hingga 5 km kesesakan lalu lintas disana.
Pattaya – Trat- Koh Kong . Pada keesokan harinya 12 hb Feb 2012 bermulalah perjananlah yang mencabar hati, fikiran dan fizikal bang Eid. Bro Rashid yang bercadang untuk bersama-sama bang Eid membatalkan hasratnya . Jadi ride solo lagi ke Cambodia untuk kali ke 2. Dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim bermulah langkah bang Eid secara solo kesana. Seawal jam 8.00 pagi jentera Demak DTM 150 dihidupkkan . 344 km jarak perjalanan dari Pattya ke sempadan Thailand ( Hat Lek )- Cambodia . Melalui route no . 3 keselatan Pattaya . Antara Bandar yang di lalui Na Chom Thian, Sattahip, Phlu Ta Luang, Rayong, Klaeng, Chanta Buri dan Trat .
Bandar Trat 255km dari Pattaya adalah tempat hentian pertama untuk makan tengahari dan bersolat. Ramai juga orang-orang muslim di perkampungan Islam di Trat. Di Pekan Trat ini juga bang Eid menukar minyak enjin setelah perjalanan dilalui sejauh 1800 km. Jenama shell RIMUlA R3-X adalah pilihan dihati digunakankan tanpa was was . Bayarannya hanyalah 30 THB ( RM 3.00 ) kos servis. Perjalanan diteruskan ke sempadan Cambodia dari Trat ke Hat Lek sejauh 89 km. Sampai di sempadan lebih kurang jam 4.30 petang waktu Malaysia. Proses dekumentasi disebelah Thailand amat mudah hanya 30 THB dikenakan untuk pengisian borang import keluar motosikal. Manakala disebelah Cambodia adalah menjadi tanda tanya . Ada rakan-rakan yang masuk kesini dikenakan sebanyak 30 usd. Alhamdulillah dapat ikut dari belakang orang tempatan bagi mengelakan duit kopi untuk membuka pintu ( Gate) sempadan. Laluan tepi pondok pintu sempadan digunakan oleh penunggang tempatan . Jadi tentunya mereka menyangka bang Eid adalah orang tempatan . Ha ha ha selamat dari kena duit kopi untuk membuka pintu sempadan. Di Imegeresen Cambodia mereka menyangka bang Eid luar dari Asia mereka meminta untuk mengisi borang permohonan Visa asing. Tapi bila diberitahu Malaysia , baru dikecualikan dari memohon visa hanya pengisian kad putih . Kena juga membayar duit overtime sebanyak 100 THB sebab hari Ahad. Ha ha ha lain padang lain belalang. Memasuki negara ini untuk kali kedua secara solo adalah satu pengalaman yang sukar hendak dilupakan . Tahun 2006 dulu pernah bang Eid jejakkan kaki disini. Zaman itu tak maju macam 2012 ini. Jalan sekarang sudah berturap hampir 70 peratus . Walaupun ada pengalaman harus hati-hati juga. Dari sempadan lebih kurang 8 kilometer Bandar yang pertama adalah Koh Kong . Amat teruja sekali bila menyeberangi sungai ini melalui jambatan yang panjang kira-kia hampir 1 km . Pekan ini pesat membangun dengan hotel dan kasino . Selepas pekan Koh Kong tidak lagi bang Eid temui kecuali hutan simpan yang tebal. Jalannya lenggang dan sekali sekala terjumpa kenderan berat . ini yang membuatkan hati menjadi cemas meluli jalan yang berhutan ini. Hari dah hampir gelap jam menunjukan pukul 7 .00 petang. Di tengah-tengah hutan ini bang Eid dikejukkan dengan sepasang pelancung berbasikal dari Italy . Dia dan isterinya sedang mengayuh basikal. Aduhh ini yang membuatkan hati terasa tercabar. Dia boleh berbasikal mengelilingi dunia sedangkan kita bermotosikal pun hanya berpusing di rantau Asia. Andoung Tuek Hujan dah mula turun , jam hampir 7.30 malam. Bang Eid terpaksa berhenti disebuah kedai runcit . Sambil itu kena isi minyak dengan pum tangan sahaja yang ada. 1 liter bersamaan RM 4.80. Nyonya tuan kedai itu menasihati bang Eid tidak meneruskan perjalanan sebaliknya menginap di pekan kecil Andoung Tuek ( adehhh..... susahnya menyebut ). Bila kita tanya kenapa tidak boleh pergi bila waktu malam dia menggelengkan kepala . Ada sesuatu yang tak mahu disampaikan. Agaknya memang bahaya menanti apabila perjalanan diwaktu malam. Dia dengan rela hatinya meminta anaknya mencari guest house untuk bang Eid. Murah kat sini 6 usd sahaja satu malam tapi bilik berkipas tampa hawa dingin. Hujan makin bertambah lebat , perut pun dah berbunyi. Nasib baik ada nasi bungkus semasa di Trat tadi. Nasi bungkuslah menjadi makan malam.
Andoung Tuek – Phnom Penh Keesokan paginya 13h b Feb 2012 selepas solat subuh bang Eid turun kebawah dari tingkat atas rumah tumpangan di Pekan Andoung Tuek .Kelihatan kanak-kanak sekolah berjalan kaki ke sokolah dan pekan kecil itu di banjiri penduduk tempatan. Ketika berjalan bang Eid terpandang seorang muslim bermotosikal berhenti di tepi jalan. Lalu bang Eid member salam dan dengan bahasa isyarat tangan betranyakan dia kedai muslim. Lalu dia mempelawa bang Eid menaiki motosikalnya kekedai muslim yang terletak ditepi jambatan. Alhamdulillah disini dapat beramah mesra sesama muslim kerana ada seorang yang dapat berbahasa Thai . Jadi mudah bang bertanya dalam bahasa Thai . Rupanya disitu terdapat lebih dari 3 buah perkampungan Islam . Selesai makan bang Eid pulang semula ke rumah tumpangan untuk mengemas bagi meneruskan perjalanan. Sambil mengemas barang dimoto bang Eid dikejut kan dengan salam dari sesorang yang bertutur dalam bahasa Malaysia .
“ Dari Malaysia kah “ jawab “ ya saya”. Rupanya Ustaz Yusuf penyelia masjid bagi wilayah Koh Kong. Bercerita panjang lah kami berdua dia dengan berbahasa Melayu Champa seakan akan loghat Kelantan . Sudah dua hari tak berturur bahasa Malayu ini. Rasa macam 2 bulan lamanya. Kesempatan ini bang Eid sampai sedikit sumbangan yang dikirim oleh rakan-rakan dari Malaysia . Perjalanan ke Phnom Penh mengambil masa 4 hingga 5 jam dengan jarak 320 km . Dalam perjalanan itu terpandanglah lagi sebuah masjid. Sempat singgah beramah mesra dengan guru agama dimasjid tersebut yang kurang fasih berbahasa Melayu. Jalan ke bandara ya Phnom Penh semakin baik , tetapi biasalah dengan habuk merah sepanjang perjalanan. Kalau tak ada habuk bukan Cambodia . Phnom Penh – Setibanya di bandaraya Phnom Penh ini kesesakan pun bermula dengan bunyi hon motosikal tak henti-henti. Lokasi pertama adalah masjid Jamek , disitulah tempat makananan muslim ada. Seterusnya bang Eid check in di Lylang Guest House dengan harga 13 USD satu malam. Setelah berehat bang Eid keluar meronda tempat-tempat menarik di bandaraya Phnom Penh . Antara yang sempat melawat Tuol Sleng Genocide Museum ( Museum Pol Pot ) , Independent Monument, Royal palace dan bersantai di tepi Sungai Mekong . Untuk makan malam bang Eid terus ke kedai muslim bersebelahan Masjid Besar Cambodia. Pemilik restoran itu adalah anak kepada iman besar Cambodia yang fasih bertutur bahasa Malayu Champa . Disitu juga bang Eid dapat berjumpa dengan pelancung dari Malaysia berasal dari Kelantan. Phnom Penh - Kampong Cham – Kratie. 14hb Feb. 2012 seawal pagi bang Eid bangun untuk meneruskan perjalanan dalam Negara Cambodia . Selapas sarapan pagi di kedai muslaim Masjid Besar Cambodia bang Eid meneruskan perjalanan ke Kampong Cham. Jarak perjalanan kesana adalah 200 km. Setiba di Kampong Cham sambil makan tengahari terserempak lagi dengan Kodir seorang melayu champa yang pernah bekerja menorah getah di Pokok Sena , Kedah. Apalagi berborak panjang kami di kedai tersebut sambil menceritakan pengalamannya bekerja di Malaysia. Katanya ingin datang lagi kebumi Malaysia yang aman makmur dan sejahtera. Perjalanan diteruskan ke Kratie dengan jarak 300 km . Akibat terlalu letih dan malas membuka peta laluan bang Eid telah tersasar jauh bersebelahan sempadan Vietnam. Alhamdulillah sampai juga ke Bandar Kratie ( Bandar Burung Merpati ) . Jam telah menunjukan pukul 8.00 malam . Malam ini berkeronconlah perut, nasib baik ada nasi goreng bungkus yang dibeli di Kedai Kampong Cham. Penginapan di Hotel Mittapheap juga tidak mahal Cuma 14 USD satu malam. Bilik nya bersih dan cantik dipenuhi dengan warga Eropah .
Kratie- Stung Treng- Doung Kalor ( Sempadan Cambodia – Laos ) Dari Kratie – StungTreng – Dong Kalor sejauh 290 km . Pada permulaan jalan amatlah teruk berlubang dan berdebu sehinggalah mesuki lebuh raya no. 7 ke Stung Treng jalannya agak sempurna.

Dipertengahan jalan perkampong muslim , terpandang orang tua bertudung, lalu bang Eid berhenti dan memberi salam. Malangnya mak cik ini tak fasih berbahasa melayu . Tapi bila kita tanya makan nasi dia tunjuk isyarat tak jauh di hadapan. Dia kedai makan itu dapat berjumpa lagi dengan seorang gadis yang pernah bekerja di Malaysia . Semuanya memuji negara kita yang aman dan makmur ini. Jam 2.00 petang sampai di pintu sempadan Laos macam biasa untuk memasuki Negara asing proses dekumentasi perlu dilaksanakan . Sekian sahaja untuk INDOCHINA RIDE Bahagian ke 2 yang bang Eid catat dalam buku perjalanan bang Eid . Tunggu bahagian ketiga ke Negara Laos di keluaran akan datang. Jangan lupa beli GILA-GILA RAIDER nohhh !!!!. Wassalam dari

INDOCHINA RIDE ( Bahagian I – PATTAYA THAILAND )

“ PATTAYA OH PATTAYA”
Tuuuuut, tuuuut, tuuuut hello bro Rashid kau nak polow aku tak ke Indochina ride? Bila ? 8 hb Feb 2012 . Nak nak nak. Itulah permulaan buka bicara setelah proposal yang di hantar ke Demak Motor . Setelah menunggu kelulusan sekian lama dari Demak Motor sampai harinya pada 8 hb Feb 2012 . Seminggu sebelum itu bro Firhat ada menalepon aku untuk pollow hinngga ke Pataya . Pada 7hb Feb 2012 bro Rashid telah bertolak dari Johor Baru dengan TDM 800 nya. Tiba di Jitra pada Jam 7.00 pagi. Dia terus bergerak ke Hatyai untuk berehat setalah 800 km perjalanan. Pada 8 hb feb 2012 selepas solat subuh akupun bergerak dari rumah untuk ke border dan bro Firhat belum kelihatan lagi. Aku pun terus ke checkpoint Imegresen Malaysia dan tiba di situ disambut oleh rakan aku Anas , Shedee dan Botak mengucapkan selamat jalan. Sampai di checkpoint Thailand bro Firhat muncul sama-sama menguruskan proses dekumentasi di Thailand. Tepat Jam 8.00 pagi kami bertolak , sebelum itu aku hello bro Rashid untuk menunggu aku dan Firhat di Stesen Shell Phatalung. Lebuhraya 41 Phetkassim lenggang dari kesibukkan di awal pagi lagi , lancar kuda putihku DTM 150 ( Sumbangan Majalah Kupcai ) berlari bersama KLE 500 bro Firhat. Perjalanan dari Border ke Phatalung sejauh 158 km hanya mengambil masa 2 jam dengan kelajuan DTM 150 diantara 90kmj - 100 kmj.
Setelah aku dan Firhat sampai di Shell Phatalung bro Rashid belum lagi kelihatan. 15 belas minit kemudia dia muncul sambil membebel kata nya janji 6.30 pagi bertolak. Faham saja lah proses dekumentasi di kedua-dua sempadan sekurang kurangnya satu jam lamanya. Isian minyak yang pertama sejauh 158km DTM 150 adalah sebanyak 5.2 liter atau bersamaan 1 liter= 30km+-. Jadi anggaran perjalan aku 7000km memerlukan 233 liter pada kadar 42.00 THB/Lit ( Lu kira lah sendiri bro...berapa kos untuk minyak ) Kami bertiga bersetuju untuk “free and easy ride” tidak berkonvoi. Hentian seterusnya adalah di stesen PTT Thung Song.. Disana kami mengalas perut jam menunjukan pukul 11.30 pagi. Bro Rashid dengan kuda Hitam TDM 800 terus memecut meninggalkan aku dan Firhat. Dia sampai lebih awal lagi . Bila kami dah sampai dia sedang mengalas perut dengan enaknya.
“Free and easy ride” lagi konsep kami , hentian seterusnya di Surathani . Air kelapa jelly di tepi jalan bagi menghilangkan haus tekak kami. Bro Rashid terus memecut bagi mendapatkan gerai air kelapa jelly itu. Setiap hentian mana-mana rider yang sampai dulu hendaklah ‘parking’ moto di tepi jalan bagi memudahkan kami untuk ‘regroup’. Aku dan Firhat hampir-hampir terlepas pandang hentian bro Rashid di tepi jalan , apa taknye apabila kenderaan bertambah diatas lebuhraya 4 Phatalung Bangkok. Lega rasanya tekak dapat menjamah air kelapa jelly itu. Seterusnya kami bertiga meneruskan perjalanan ke Chumpon . Disini juga kami berehat dan setiap perhentian kami jadi perhatian penduduk setempat. Di stesen Caltex Chumpon kami diberi sebiji buah durian oleh pemandu ‘pickup’ Thailand. Dia amat simpati dengan perjalanan jauh kami, tapi durian itu kami tak sempat nak makan hanya dapat bergambar sahaja. Terima kasih rakyat Thailand yang berbudi bahasa tinggi. Kejar masa untuk solat jamak di Prachuap Kirikhan. Bro Rashid berhenti ditepi jalan melambai aku untuk berhenti. Tapi bro Firhat dengan KLE 500nya hilang entah kemana? Jam dah hamper pukul 6.45 ptg. Aku bergegas ke Masjid belakang gerai . Bro Rashid masih masih menunggu bayang-bayang Firhat yang tidak muncul . Dia mengambil keputusan untuk mengejar Firhat dihadapan agaknya . Hentian kami yang janjikan adalah lampu isyarat Prachuap Kirikhan. Sampai disama aku berhenti di gerai maklong sebelum lampu isyarat .
Bayang Rashid dan Firhat belum kelihatan. Tiba-tiba Rashid menalipon aku dan jumpa Firhat yang tersasar jauh dari lampu isyarat . Aku dah jamah makan malam digerai mak long jam hamper pukul 8.00 malam. Akhirnya Rashid dan Firhat berpatah balik ke gerai mak long aku dah cekang perut menunggu mereka. Kami telah mengambil keputusan untuk bermalan di Phetcha Buri lagi 100 km dari Prachuap Kirikhan. Sampai di stesen PTT Cha Am kami berehat lama disitu., hanya sekadar segelas kopi pejalanan sedah mencecah 800 km . Hanya tinggal 50 km untuk ke Phetcha Buri . Sampai di Phetcha Buri aku bawa bro Rashid dan Firhat untuk mencari resort di tepi pantai. Dalam perjalanan aku telah kehabisan minyak akibat tidak top up di stesen PTT Cha Am . Alhamdulillah 5 liter minyak dalam tong yang aku bawa dapat membantu ketika kehabisan minyak. Kami mengambil keputusan untuk tidak bermalam di tepi pantai . Akhirnya kami bermalam di Pekan Petchaburi sebuah guesthouse dengan kadar 400.00 THB. 9hb Feb 2012 kami meneruskan perjalanan di awal jam 7.00 pagi bagi mengelakkan kesesakan Bandaraya Bangkok. Perut aku dan berbunyi bangun tanpa sarapan hanya segelas kopi di 7 eleven PTT. Dalam celah-celah kesibukan kenderaan pagi lebuhraya Phecha Buri aku ternampak lambang bulan dan bintang besar berwarna merah . Itulah kedai abang Soh yang kami singgah sarapan pagi itu bagi meneruskan perjalanan sejauh 300 km ke Pataya. Mengharungi lebuh raya 35 ke Bangkok amat memerikkan . Apataknya, kat sinilah Budin dari Lanun Bikers kena saman menggunakan lebuhraya. Motosikal , lori tidak dibenarkan masuk dilebuhraya 35 ini . Kena guna laluan khas untuk moto/lori. Mengampiri Bangkok kenderaan bertambah sesak . Nasib baik pengalam yang lepas amat berguna untuk ride kali ini. Samut Sakhon highway 35 telah habis diharungi sampai di persimpangan bertingkat ke Phra Pradaeng untuk laluan pintas dengan ferry ke Samut Phrakhan seterusnya memasuki Bang Na – Trat highway. Banyak jalan sehala mengahampiri ferry membuat aku tersasar jalan ke ferry. Akhirnya Alhamdulillah jumpa . Hanya 10.00 THB kami dapat jimatkan masa merentas bandaraya Bangkok. Laluan ke Pataya menerusi lebuhraya Bang Na –Trat , kami juga terpaksa memlalui laluan tepi kerana tidak dibenarkan masuk lebuhraya perjalanan menjadi lebih lambat menggunakan laluan tepi lebuh raya akhirnya kami sampai di Pataya pukul 12.00 tengahari dan terus ke Chai Yaphruek stadium dimana persiapan untuk Burapa bike week dijalankan . Malangnya pendaftaran masih belum dibuka . Terserempak dengan bro Atan ( Loklag.com) memaklumkankan bahawa pendaftaran untuk Burapa Bike Week akan dibuka pada esok pagi 10hb Feb 2012. Lalu kami terus ke pekan Pataya .Di Pataya Tai kami check in di Hotel Prima Place dengan kadar 450.00 THB semalam . BERSAMABUNG DI BURAPA BIKE WEEK – dari Bang Eid Sidek.