Search This Blog

Sunday, July 15, 2012

INDOCHINA RIDE ( Bahagian I – PATTAYA THAILAND )

“ PATTAYA OH PATTAYA”
Tuuuuut, tuuuut, tuuuut hello bro Rashid kau nak polow aku tak ke Indochina ride? Bila ? 8 hb Feb 2012 . Nak nak nak. Itulah permulaan buka bicara setelah proposal yang di hantar ke Demak Motor . Setelah menunggu kelulusan sekian lama dari Demak Motor sampai harinya pada 8 hb Feb 2012 . Seminggu sebelum itu bro Firhat ada menalepon aku untuk pollow hinngga ke Pataya . Pada 7hb Feb 2012 bro Rashid telah bertolak dari Johor Baru dengan TDM 800 nya. Tiba di Jitra pada Jam 7.00 pagi. Dia terus bergerak ke Hatyai untuk berehat setalah 800 km perjalanan. Pada 8 hb feb 2012 selepas solat subuh akupun bergerak dari rumah untuk ke border dan bro Firhat belum kelihatan lagi. Aku pun terus ke checkpoint Imegresen Malaysia dan tiba di situ disambut oleh rakan aku Anas , Shedee dan Botak mengucapkan selamat jalan. Sampai di checkpoint Thailand bro Firhat muncul sama-sama menguruskan proses dekumentasi di Thailand. Tepat Jam 8.00 pagi kami bertolak , sebelum itu aku hello bro Rashid untuk menunggu aku dan Firhat di Stesen Shell Phatalung. Lebuhraya 41 Phetkassim lenggang dari kesibukkan di awal pagi lagi , lancar kuda putihku DTM 150 ( Sumbangan Majalah Kupcai ) berlari bersama KLE 500 bro Firhat. Perjalanan dari Border ke Phatalung sejauh 158 km hanya mengambil masa 2 jam dengan kelajuan DTM 150 diantara 90kmj - 100 kmj.
Setelah aku dan Firhat sampai di Shell Phatalung bro Rashid belum lagi kelihatan. 15 belas minit kemudia dia muncul sambil membebel kata nya janji 6.30 pagi bertolak. Faham saja lah proses dekumentasi di kedua-dua sempadan sekurang kurangnya satu jam lamanya. Isian minyak yang pertama sejauh 158km DTM 150 adalah sebanyak 5.2 liter atau bersamaan 1 liter= 30km+-. Jadi anggaran perjalan aku 7000km memerlukan 233 liter pada kadar 42.00 THB/Lit ( Lu kira lah sendiri bro...berapa kos untuk minyak ) Kami bertiga bersetuju untuk “free and easy ride” tidak berkonvoi. Hentian seterusnya adalah di stesen PTT Thung Song.. Disana kami mengalas perut jam menunjukan pukul 11.30 pagi. Bro Rashid dengan kuda Hitam TDM 800 terus memecut meninggalkan aku dan Firhat. Dia sampai lebih awal lagi . Bila kami dah sampai dia sedang mengalas perut dengan enaknya.
“Free and easy ride” lagi konsep kami , hentian seterusnya di Surathani . Air kelapa jelly di tepi jalan bagi menghilangkan haus tekak kami. Bro Rashid terus memecut bagi mendapatkan gerai air kelapa jelly itu. Setiap hentian mana-mana rider yang sampai dulu hendaklah ‘parking’ moto di tepi jalan bagi memudahkan kami untuk ‘regroup’. Aku dan Firhat hampir-hampir terlepas pandang hentian bro Rashid di tepi jalan , apa taknye apabila kenderaan bertambah diatas lebuhraya 4 Phatalung Bangkok. Lega rasanya tekak dapat menjamah air kelapa jelly itu. Seterusnya kami bertiga meneruskan perjalanan ke Chumpon . Disini juga kami berehat dan setiap perhentian kami jadi perhatian penduduk setempat. Di stesen Caltex Chumpon kami diberi sebiji buah durian oleh pemandu ‘pickup’ Thailand. Dia amat simpati dengan perjalanan jauh kami, tapi durian itu kami tak sempat nak makan hanya dapat bergambar sahaja. Terima kasih rakyat Thailand yang berbudi bahasa tinggi. Kejar masa untuk solat jamak di Prachuap Kirikhan. Bro Rashid berhenti ditepi jalan melambai aku untuk berhenti. Tapi bro Firhat dengan KLE 500nya hilang entah kemana? Jam dah hamper pukul 6.45 ptg. Aku bergegas ke Masjid belakang gerai . Bro Rashid masih masih menunggu bayang-bayang Firhat yang tidak muncul . Dia mengambil keputusan untuk mengejar Firhat dihadapan agaknya . Hentian kami yang janjikan adalah lampu isyarat Prachuap Kirikhan. Sampai disama aku berhenti di gerai maklong sebelum lampu isyarat .
Bayang Rashid dan Firhat belum kelihatan. Tiba-tiba Rashid menalipon aku dan jumpa Firhat yang tersasar jauh dari lampu isyarat . Aku dah jamah makan malam digerai mak long jam hamper pukul 8.00 malam. Akhirnya Rashid dan Firhat berpatah balik ke gerai mak long aku dah cekang perut menunggu mereka. Kami telah mengambil keputusan untuk bermalan di Phetcha Buri lagi 100 km dari Prachuap Kirikhan. Sampai di stesen PTT Cha Am kami berehat lama disitu., hanya sekadar segelas kopi pejalanan sedah mencecah 800 km . Hanya tinggal 50 km untuk ke Phetcha Buri . Sampai di Phetcha Buri aku bawa bro Rashid dan Firhat untuk mencari resort di tepi pantai. Dalam perjalanan aku telah kehabisan minyak akibat tidak top up di stesen PTT Cha Am . Alhamdulillah 5 liter minyak dalam tong yang aku bawa dapat membantu ketika kehabisan minyak. Kami mengambil keputusan untuk tidak bermalam di tepi pantai . Akhirnya kami bermalam di Pekan Petchaburi sebuah guesthouse dengan kadar 400.00 THB. 9hb Feb 2012 kami meneruskan perjalanan di awal jam 7.00 pagi bagi mengelakkan kesesakan Bandaraya Bangkok. Perut aku dan berbunyi bangun tanpa sarapan hanya segelas kopi di 7 eleven PTT. Dalam celah-celah kesibukan kenderaan pagi lebuhraya Phecha Buri aku ternampak lambang bulan dan bintang besar berwarna merah . Itulah kedai abang Soh yang kami singgah sarapan pagi itu bagi meneruskan perjalanan sejauh 300 km ke Pataya. Mengharungi lebuh raya 35 ke Bangkok amat memerikkan . Apataknya, kat sinilah Budin dari Lanun Bikers kena saman menggunakan lebuhraya. Motosikal , lori tidak dibenarkan masuk dilebuhraya 35 ini . Kena guna laluan khas untuk moto/lori. Mengampiri Bangkok kenderaan bertambah sesak . Nasib baik pengalam yang lepas amat berguna untuk ride kali ini. Samut Sakhon highway 35 telah habis diharungi sampai di persimpangan bertingkat ke Phra Pradaeng untuk laluan pintas dengan ferry ke Samut Phrakhan seterusnya memasuki Bang Na – Trat highway. Banyak jalan sehala mengahampiri ferry membuat aku tersasar jalan ke ferry. Akhirnya Alhamdulillah jumpa . Hanya 10.00 THB kami dapat jimatkan masa merentas bandaraya Bangkok. Laluan ke Pataya menerusi lebuhraya Bang Na –Trat , kami juga terpaksa memlalui laluan tepi kerana tidak dibenarkan masuk lebuhraya perjalanan menjadi lebih lambat menggunakan laluan tepi lebuh raya akhirnya kami sampai di Pataya pukul 12.00 tengahari dan terus ke Chai Yaphruek stadium dimana persiapan untuk Burapa bike week dijalankan . Malangnya pendaftaran masih belum dibuka . Terserempak dengan bro Atan ( Loklag.com) memaklumkankan bahawa pendaftaran untuk Burapa Bike Week akan dibuka pada esok pagi 10hb Feb 2012. Lalu kami terus ke pekan Pataya .Di Pataya Tai kami check in di Hotel Prima Place dengan kadar 450.00 THB semalam . BERSAMABUNG DI BURAPA BIKE WEEK – dari Bang Eid Sidek.




6 comments:

  1. best2..
    teringin sangat nak follow Bang Eid ride jauh2 slepas ride ke phuket tempoh hari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas Raya kita bercadang nak pergi ke Kancanaburi/Bangkok. Kau carilah sapa nak polow

      Delete
  2. hehehehe best best bang eid.....tunggu sambungan cerita dari bg eid. Tq kerana sudi berkongsi pengalaman yg tak dpt dijual@dibeli. Tahniah Bang Eid.

    Shahrin Amir Azizan,
    Offshore Medic.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQVM... pelan pelan kayuh hujung tahun ini boleh kot kita gi Boten Plak.

      Delete