INDOCHINA RIDE ( Bahagian II – Pattaya - Cambodia ) Didalam keluaran yang lepas catatan perjalanan Bang Eid perjalanan dari sempadan Malaysia Thailand ke Pattaya . Pembaca majalan ini mungkin membeli majalah keluaran khas Pattaya Bike Wek . Cerita Pattaya mungkin ditulis dengan lebih banyak alkisahnya event yang terbesar di Asia. “ Pattaya “ merupakan satu tempat pelancungan yang paling seronok dirantau ini . Tidak hairanlah dari seluruh pelusuk dunia pengunjung “ Pattaya Bike week “ . Amerika , United Kingdom, Italy, Perancis, Jerman, Norway dan banyak lagi negara-negara yang tidak dapat disebutkan disini.Pada 10 Feb 2012 ada hari pembukaan pendaftaran di “ Pattaya Bike Week “. Jam menunjukkan 9.00 pagi , di lobby Hotel Prima Palace terserempak dengan Dr. Nazman Khamis , Kak Nor dan Mizi Pendang yang datang dengan kereta.Satu lagi group Iwan dari K.Lumpur bersama keluarganya . Apabila terserempak dengan Bang Eid kat sini mulalah nak kena jadi ‘tour guide’ mereka . Hasrat Iwan dan rakan rakan disampaikan kepada Bang Eid untuk menjadi guide di Kota Bangkok. Nak menolak macam kata lah semua kawan-kawan. Seha rian lah bersama mereka membeli belah dan mencuci mata di kota Raya Bangkok . Sampai kemalam lah aktiviti bersama rombongan ‘che Kiah ‘ di Kota Bangkok.11hb Feb 2012 adalah hari kemuncak Pattaya Bike Week . Sambutannya amat lah diluar jangkaan . Berbagai kelas dan ketegori moto di pamerkan bermula dari kupcai hingga sebesar cc pun ada disini. Jika di Malaysia bike week hanya mempamirkan motosikal sahaja dan berlainan disini. Truck , kenderaan 4 x 4 , kereta kuda , Jeep , side car semua dibenarkan masuk ke “ Pattaya Bike Week “ . Gerai-gerai jualan hampir-hampir 1 km panjangnya kalau kita berjalan kaki untuk membeli belah. Disebelah malamnya pula ada saat yang ditunggu-tunggukan semua pengunjung . Konsert dan pelbagai persembahan di pertontonkan. Pertama kali bang Eid menyaksikan konsert kumpulan “ Carabao “ yang popular dengan lagu “ Made in Thailand”. Jam sudah menunjukkan 4 pagi tetapi suasana di Chai Yaphruek stadium masih gamat lah dengan pengunjung. Jalan masuk ke sana tak payah ceritalah 4km hingga 5 km kesesakan lalu lintas disana.Pattaya – Trat- Koh Kong . Pada keesokan harinya 12 hb Feb 2012 bermulalah perjananlah yang mencabar hati, fikiran dan fizikal bang Eid. Bro Rashid yang bercadang untuk bersama-sama bang Eid membatalkan hasratnya . Jadi ride solo lagi ke Cambodia untuk kali ke 2. Dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim bermulah langkah bang Eid secara solo kesana. Seawal jam 8.00 pagi jentera Demak DTM 150 dihidupkkan . 344 km jarak perjalanan dari Pattya ke sempadan Thailand ( Hat Lek )- Cambodia . Melalui route no . 3 keselatan Pattaya . Antara Bandar yang di lalui Na Chom Thian, Sattahip, Phlu Ta Luang, Rayong, Klaeng, Chanta Buri dan Trat .Bandar Trat 255km dari Pattaya adalah tempat hentian pertama untuk makan tengahari dan bersolat. Ramai juga orang-orang muslim di perkampungan Islam di Trat. Di Pekan Trat ini juga bang Eid menukar minyak enjin setelah perjalanan dilalui sejauh 1800 km. Jenama shell RIMUlA R3-X adalah pilihan dihati digunakankan tanpa was was . Bayarannya hanyalah 30 THB ( RM 3.00 ) kos servis. Perjalanan diteruskan ke sempadan Cambodia dari Trat ke Hat Lek sejauh 89 km. Sampai di sempadan lebih kurang jam 4.30 petang waktu Malaysia. Proses dekumentasi disebelah Thailand amat mudah hanya 30 THB dikenakan untuk pengisian borang import keluar motosikal. Manakala disebelah Cambodia adalah menjadi tanda tanya . Ada rakan-rakan yang masuk kesini dikenakan sebanyak 30 usd. Alhamdulillah dapat ikut dari belakang orang tempatan bagi mengelakan duit kopi untuk membuka pintu ( Gate) sempadan. Laluan tepi pondok pintu sempadan digunakan oleh penunggang tempatan . Jadi tentunya mereka menyangka bang Eid adalah orang tempatan . Ha ha ha selamat dari kena duit kopi untuk membuka pintu sempadan. Di Imegeresen Cambodia mereka menyangka bang Eid luar dari Asia mereka meminta untuk mengisi borang permohonan Visa asing. Tapi bila diberitahu Malaysia , baru dikecualikan dari memohon visa hanya pengisian kad putih . Kena juga membayar duit overtime sebanyak 100 THB sebab hari Ahad. Ha ha ha lain padang lain belalang. Memasuki negara ini untuk kali kedua secara solo adalah satu pengalaman yang sukar hendak dilupakan . Tahun 2006 dulu pernah bang Eid jejakkan kaki disini. Zaman itu tak maju macam 2012 ini. Jalan sekarang sudah berturap hampir 70 peratus . Walaupun ada pengalaman harus hati-hati juga. Dari sempadan lebih kurang 8 kilometer Bandar yang pertama adalah Koh Kong . Amat teruja sekali bila menyeberangi sungai ini melalui jambatan yang panjang kira-kia hampir 1 km . Pekan ini pesat membangun dengan hotel dan kasino . Selepas pekan Koh Kong tidak lagi bang Eid temui kecuali hutan simpan yang tebal. Jalannya lenggang dan sekali sekala terjumpa kenderan berat . ini yang membuatkan hati menjadi cemas meluli jalan yang berhutan ini. Hari dah hampir gelap jam menunjukan pukul 7 .00 petang. Di tengah-tengah hutan ini bang Eid dikejukkan dengan sepasang pelancung berbasikal dari Italy . Dia dan isterinya sedang mengayuh basikal. Aduhh ini yang membuatkan hati terasa tercabar. Dia boleh berbasikal mengelilingi dunia sedangkan kita bermotosikal pun hanya berpusing di rantau Asia. Andoung Tuek Hujan dah mula turun , jam hampir 7.30 malam. Bang Eid terpaksa berhenti disebuah kedai runcit . Sambil itu kena isi minyak dengan pum tangan sahaja yang ada. 1 liter bersamaan RM 4.80. Nyonya tuan kedai itu menasihati bang Eid tidak meneruskan perjalanan sebaliknya menginap di pekan kecil Andoung Tuek ( adehhh..... susahnya menyebut ). Bila kita tanya kenapa tidak boleh pergi bila waktu malam dia menggelengkan kepala . Ada sesuatu yang tak mahu disampaikan. Agaknya memang bahaya menanti apabila perjalanan diwaktu malam. Dia dengan rela hatinya meminta anaknya mencari guest house untuk bang Eid. Murah kat sini 6 usd sahaja satu malam tapi bilik berkipas tampa hawa dingin. Hujan makin bertambah lebat , perut pun dah berbunyi. Nasib baik ada nasi bungkus semasa di Trat tadi. Nasi bungkuslah menjadi makan malam.Andoung Tuek – Phnom Penh Keesokan paginya 13h b Feb 2012 selepas solat subuh bang Eid turun kebawah dari tingkat atas rumah tumpangan di Pekan Andoung Tuek .Kelihatan kanak-kanak sekolah berjalan kaki ke sokolah dan pekan kecil itu di banjiri penduduk tempatan. Ketika berjalan bang Eid terpandang seorang muslim bermotosikal berhenti di tepi jalan. Lalu bang Eid member salam dan dengan bahasa isyarat tangan betranyakan dia kedai muslim. Lalu dia mempelawa bang Eid menaiki motosikalnya kekedai muslim yang terletak ditepi jambatan. Alhamdulillah disini dapat beramah mesra sesama muslim kerana ada seorang yang dapat berbahasa Thai . Jadi mudah bang bertanya dalam bahasa Thai . Rupanya disitu terdapat lebih dari 3 buah perkampungan Islam . Selesai makan bang Eid pulang semula ke rumah tumpangan untuk mengemas bagi meneruskan perjalanan. Sambil mengemas barang dimoto bang Eid dikejut kan dengan salam dari sesorang yang bertutur dalam bahasa Malaysia .“ Dari Malaysia kah “ jawab “ ya saya”. Rupanya Ustaz Yusuf penyelia masjid bagi wilayah Koh Kong. Bercerita panjang lah kami berdua dia dengan berbahasa Melayu Champa seakan akan loghat Kelantan . Sudah dua hari tak berturur bahasa Malayu ini. Rasa macam 2 bulan lamanya. Kesempatan ini bang Eid sampai sedikit sumbangan yang dikirim oleh rakan-rakan dari Malaysia . Perjalanan ke Phnom Penh mengambil masa 4 hingga 5 jam dengan jarak 320 km . Dalam perjalanan itu terpandanglah lagi sebuah masjid. Sempat singgah beramah mesra dengan guru agama dimasjid tersebut yang kurang fasih berbahasa Melayu. Jalan ke bandara ya Phnom Penh semakin baik , tetapi biasalah dengan habuk merah sepanjang perjalanan. Kalau tak ada habuk bukan Cambodia . Phnom Penh – Setibanya di bandaraya Phnom Penh ini kesesakan pun bermula dengan bunyi hon motosikal tak henti-henti. Lokasi pertama adalah masjid Jamek , disitulah tempat makananan muslim ada. Seterusnya bang Eid check in di Lylang Guest House dengan harga 13 USD satu malam. Setelah berehat bang Eid keluar meronda tempat-tempat menarik di bandaraya Phnom Penh . Antara yang sempat melawat Tuol Sleng Genocide Museum ( Museum Pol Pot ) , Independent Monument, Royal palace dan bersantai di tepi Sungai Mekong . Untuk makan malam bang Eid terus ke kedai muslim bersebelahan Masjid Besar Cambodia. Pemilik restoran itu adalah anak kepada iman besar Cambodia yang fasih bertutur bahasa Malayu Champa . Disitu juga bang Eid dapat berjumpa dengan pelancung dari Malaysia berasal dari Kelantan. Phnom Penh - Kampong Cham – Kratie. 14hb Feb. 2012 seawal pagi bang Eid bangun untuk meneruskan perjalanan dalam Negara Cambodia . Selapas sarapan pagi di kedai muslaim Masjid Besar Cambodia bang Eid meneruskan perjalanan ke Kampong Cham. Jarak perjalanan kesana adalah 200 km. Setiba di Kampong Cham sambil makan tengahari terserempak lagi dengan Kodir seorang melayu champa yang pernah bekerja menorah getah di Pokok Sena , Kedah. Apalagi berborak panjang kami di kedai tersebut sambil menceritakan pengalamannya bekerja di Malaysia. Katanya ingin datang lagi kebumi Malaysia yang aman makmur dan sejahtera. Perjalanan diteruskan ke Kratie dengan jarak 300 km . Akibat terlalu letih dan malas membuka peta laluan bang Eid telah tersasar jauh bersebelahan sempadan Vietnam. Alhamdulillah sampai juga ke Bandar Kratie ( Bandar Burung Merpati ) . Jam telah menunjukan pukul 8.00 malam . Malam ini berkeronconlah perut, nasib baik ada nasi goreng bungkus yang dibeli di Kedai Kampong Cham. Penginapan di Hotel Mittapheap juga tidak mahal Cuma 14 USD satu malam. Bilik nya bersih dan cantik dipenuhi dengan warga Eropah . Kratie- Stung Treng- Doung Kalor ( Sempadan Cambodia – Laos ) Dari Kratie – StungTreng – Dong Kalor sejauh 290 km . Pada permulaan jalan amatlah teruk berlubang dan berdebu sehinggalah mesuki lebuh raya no. 7 ke Stung Treng jalannya agak sempurna.
Dipertengahan jalan perkampong muslim , terpandang orang tua bertudung, lalu bang Eid berhenti dan memberi salam. Malangnya mak cik ini tak fasih berbahasa melayu . Tapi bila kita tanya makan nasi dia tunjuk isyarat tak jauh di hadapan. Dia kedai makan itu dapat berjumpa lagi dengan seorang gadis yang pernah bekerja di Malaysia . Semuanya memuji negara kita yang aman dan makmur ini. Jam 2.00 petang sampai di pintu sempadan Laos macam biasa untuk memasuki Negara asing proses dekumentasi perlu dilaksanakan . Sekian sahaja untuk INDOCHINA RIDE Bahagian ke 2 yang bang Eid catat dalam buku perjalanan bang Eid . Tunggu bahagian ketiga ke Negara Laos di keluaran akan datang. Jangan lupa beli GILA-GILA RAIDER nohhh !!!!. Wassalam dari
No comments:
Post a Comment