Search This Blog

Sunday, July 15, 2012

INDOCHINA RIDE ( Bahagian III – LAOS - THAILAND )

INDOCHINA RIDE ( Bahagian III – LAOS - THAILAND ) Terima kasih pembaca “ Gila Gila Rider “ , sudah masuk bahagian III Indhochina Ride untuk keluaran kali ini Nohhhh. Banyak ucapan taniah yang bang Eid terima dari penggemar screm dan rakan-rakan dalam muka buku . Semuanya itu akan menjadi semangat untuk terus ride ke negara-negara yang bang Eid belum sampai . Didalam keluaran yang lepas catatan perjalanan Bang Eid perjalanan dari Cambodia ke sempadan Laos . “Republik Demokratik Rakyat Lao “ sebuah negara tanpa pantai di Asia Tenggara dan bersempadankan Myanmar dan China di barat laut, Vietnam di timur, Kemboja di selatan, dan Thailand di barat. Negara ini amat disukai oleh pengembara yang cintakan alam semula jadi. Rata-rata di pekan-pekan kecil kelihatan warga Eropah mundar mandir kesana kemari menikmati panorama indah disini. Sempadan Cambodia – Laos ( Dongkalaw) 15.2.2012 Pada 15 Feb 2012 , jam 1.30 tengahari bang Eid menyeberang sempadan Cambodia – Laos melalui pintu sempadan ini Dongkalaw .


Proses dokumentasi sebelah Cambodia di kenakan bayaran 2 USD untuk mengambil surat pengesahan dipihak Kastam Cambodia dan diserahkan kepada pihak kastam Laos. Bagi menghabiskan matawang Real bang Eid membeli makanan ringan untuk bekalan di sepanjang perjalanan sambil diperhatikan oleh beberapa pelancong Eropah . Ketika sampai pintu sempadan Laos merupakan masa rehat bagi pihak Imegeresen Laos . Alangkah terkejutnya bang eid apabila menjenguk dipintu kaunter pegawai Imegeresen nya sedap berdengkur , jadi terpaksalah menunggu. Setelah urusan cop passport selesai bang eid mencari-cari dimanakah tempat hendak membeli insuran . Rupa-rupanya hanya dijual dibawah khemah sahaja. Bayaran untuk AGL insuran hanyalah 6 usd sahaja. Manakala proses permit import kenderaan terletak kira-kira 3 km dari pintu sempadan . Setibanya di pejabat Kastam Laos bayaran dikenakan sebanyak 20,000 kips untuk proses permit import. Khone Phapheng Water Fal – 4000 Island. Setelah selesai perjalan diteruskan ke Pakxe yang terletak kira-kira 160 kilometer dari Dongkalaw melalui route no 13 . Dipertengahan jalan di wliayah Champasak satu destinasi pelancungan yang terkenal di Khone Phapheng Water Fall atau lebih dikenali Niagra Fall Asia. Teruja sangat hati bang Eid diatas keajiaban Yang Maha Esa disini. Ditelinga bang Eid terdengar luahan perkataan “ wooow” dari pelacung Eropah . Ini bermaksud betapa hebatnya keindahan alam ciptaan tuhan ditempat ini. Air terjunnya merupakan air terjum yang terbesar di Rantau Asia. Kawasan ini juga di gelar 4 Thousand Island dimana pulau-pulau terbentuk sepanjang Sungai Mekong dan banyak air terjun disini.
Bang Eid cuba membawa Demak DTM menghampiri air terjun untuk mengambil gambar. Tapi tebingnya amat curam . Hasrat untuk mengambil gambar Demak berlatarbelakang air terjun ini tak kesampaian . Sekadar apa yang boleh sahaja untuk paparan pembaca majalah Gila Gila Rider. Seronoknya meneroka khazanah alam di Laos ini rasa di hati mahu berkemah sahaja disini .
Pakxe Dari 4000 Island perjalanan diteruskan ke Bandar Pakxe . Cuaca Alhamdulillah amat baik sekali. Dipertengah jalan Demak dah semput-semput jadinya . Tahulah bang Eid ianya akan kehabisan minyak . 5 liter minyak tong pun diisi kedalam tangki Demak. Jarak hanya tinggal 100 km sahaja untuk ke Pakxe . Setibanya di Pakxe sebuah bandar pelancungan alam semula jadi. Pakannya dipenuhi dengan Hotel dan Guesthouse. Bahasa pertuturan kebanyakan faham dengan bahasa Thai dan Inggeris . Matawang Kip dan US dollar boleh digunakan. 1 usd bersamaan 7900 kip ha ha ha jadi orang kaya pegang wang ribu-ribu neh. Setelah puas meronda disekeliling bandar Pakxe ini untuk mencari tempat penginapan maka Royal Pakse Hotel jadi pilihan ,

bayaran sebanyak 13 Usd satu malam. Jam sudah menunjukkan pukul 6.00 petang . Letih badan amat terasa sempat merehatkan badan di tilam empuk hotel ini. Setelah bagun perut mula bernyanyi . Meronda-meronda mencari kedai muslim. Nasim Indian Food . Alamak ragu-ragu tentang halal nya. Roti arabnya juga berkuahkan daging , lagi dalam hati bertambah ragu. Lalu biskut , roti dan maggi menjadi makan malam . Keesokan pagi hati bercampur gaur untuk meneruskan perjalanan dinegara Laos atau untuk pintas ke Utara Thailand. Matawang Usd hanya tinggal 50 Usd. Alamakk.. manakala Bath Thai ada 8000 lagi . Keputusan dibuat untuk keluar dari Laos. Check out time ada lagi 5 jam. Satu destinasi yang menjadi impian di Bandar Pakse ia itu Tad Gneuang Water Fall ( bukan Ted Adnan lah... ) terletak kira-kira 38 km dari bandar Pakxe. Lokasinya berada 700 meter dari jalan ( Route 16 E ). Sekali lagi hati bang Eid berkata-kata “Ya Allah ini kah keajaiban ciptaan Mu”.
Rata-rata bang Eid ride belum jumpa lagi keindahan air terjun seperti ini. Untuk masuk kesini bayaran sebanyak 1 usd dikenakan . setelah puas merakamkan panorama indah air terjun dan naik berehat di cafeteria di situ dan didatangi oleh seorang bikers dari Mae Sai , Thailand . Kami pun saling bertukar-tukar fikiran dan bercerita tentang pengalaman ride masing-masing.
Bang Eid bergegas pulang ke hotel kerana masa untuk check out dah dekat. Berat hati untuk meninggalkan Negara Laos yang indah buminya. Namun apakan daya .... mungkin trip akan datang boleh dibuat khusus untuk explore habis-habisan negara ini. Sempadan Thailand- Laos ( Chong Mek ) 16.2.2012 Jarak ke sempadan Thailand ( Chong Mek ) - Laos (Vantao ) adalah 45 km .

Untuk menyeberang Sungai Mekong jambatan Nipon ( Nipon Bridge) menghubungkan kedua-dua tebing sungai ini. Jambatan ini merupakan Jambatan Yang terpanjang sekali di Laos. Sempat juga bang Eid berhenti mengambil gambar di atas jambatan ini. Jambatan ini dibina oleh bantuan kerajaan Jepun kepada Laos.

Jam 2.30 petang bang Eid sampai di sempadan Chong Mek. Sempadan ini amat berbeza sekali dengan sempada Laos-Cambodia kerana banyak gerai-gerai jualan dikiri kanan jalan pintu masuk. Pelbagai barangan keluaran dikedua-dua Negara dijual disini. Proses penyerahan balik permit import sementara kenderaan dilakukan dikaunter kastam Laos dan cop passport keluar dari Laos. DisebelahThailand pula amat sukar sekali proses kastam dan imegeresen dilakukan.

Hampir 1 jam lebih proses ini dijalankan. Ini disebabkan pegawai Imegeresennya berhenti rehat. Di kaunternya kastam pulak bang Eid diminta untuk scan semua barang barang yang dibawa . Aduhhh melebihi 20Kg barang terpaksa diusung masuk ke mesin scanner . Ini disebabkan berlakunya letupan bom di bandaraya Bangkok . Semua barang terpaka masuk mesin pemgimbas. Alangkah terkejutnya bang Eid apabila pegawai kastam berkali-kali bertanyakan ubat demam yang bang Eid bekalkan dari Malaysia. Puas juga kena perjelaskan tentang ubat yang disangkakan dadah tadi. Akhirnya dia yakin dengan apa yang bang Eid terangkan. Thailand ( Chong Mek – Ubon Ratchathani- Roi Et- Maha Serakham) 16.2.2012 Senangnya hati bang eid dapat masuk kenegara Thailand , jam 3.30 petang baru bang Eid dapat bergerak dari sempadan. Hari ini memang ikut langkah sahaja dimana tiada perancangan tempat berhenti. Ironbutt lah katakan ha ha ha . Dimana sampai disitu akan bermalam. Perjalanan dari Chong Mek ke Bandar Ubon Ratchathani berjalan lancar dengan permukaan jalan yang baik. Keselesaan tonggangan Demak DTM jelas terasa . Dalam perjalanan ke Ubon Ratchathani bang melalui route no.217 dimana bang rasa tasik besar yang bang Eid jumpa disebelah kiri jalan merupakan tasik yang terbesar di Negara Thailand. Ia nya berdekatan dengan pakan kecil Sirindhom. Seumpama lautan jika dipandang tasik ini. Cari lah lokasinya di dalam google maps . Disini juga bang Eid menukar minyak enjin untuk kali yang ketiga. Hitamnya warna minyak akibat kepanasan yang keterlaluan. Perjalanan di teruskan ke Bandar Roi Et. Jam sudah menunjuk kan 8.00 malam . Hari dah semakin gelap. Namun hati ini masih mahu berkuda dengan DTM ini yang tidak memberi sebarang masaalah. Akhirnya sampai di pekan kecil Maha Serakham dimana dikiri kanan jalannya terdapat banyak guesthouse . Tempat ini menjadi tempat persinggahan bagi perjalanan ke utara dan timur Thailand. Bayarannya hanyalah 350 Bath untuk satu malam . Alhamdulillah bang Eid selamat mengaharungi 400 km hari ini. Dari Pakxe Laos ke Bandar Maha Serakham.

Pada malam itu juga bang terbaca setatus Haji Own dan Che Gu Rahim yang akan balik dari Laos berada di Golden Triangle. Lalu bang Eid menghubunginya untuk berjumpa dengannya di Golden Triangle lagi 2 hari. Saksikanlah pennggemar majalalah ini , mengejar untuk berjumpa orang Malaysia disana dengan ride gila “ ironbutt” lagi. Sekian sahaja yang dapat bang Eid ceritakan pejalanan Demak DTM untuk episod kali ini. Jangan lupa Noooohhh , kita bercerita lagi di dalam bahagian ke IV , di destinasi menarik Golden Triangle, Chiang Rai , Mae Sai ( Sempadan Myanmar), Doi Mae Salong ( mendaki gunung ), Doi Angkhang ( mendaki gunung), Fang , Chiang Mai dan Bangkok. Jumpa di bahagian ke IV belilah majalah Gila Gila Rider Noooohhh.

No comments:

Post a Comment