Search This Blog

Sunday, July 15, 2012

INDOCHINA RIDE PART IV

INDOCHINA RIDE ( Bahagian IV- THAILAND – GOLDEN TRIANGLE ) Berjumpa lagi INDOCHINA RIDE di bahagian ke IV . Terima kasih Nohhh!!!! diatas sokongan pembaca majalah ini yang mengikuti stori hingga ke bahagian akhir ini . Negara Gajah Putih merupakan destinasi akhir perjalanan bang Eid . Tidak hairanlah mengapa ramai rider-rider yang gemar datang kesini dengan motosikal berkuasa tinggi kerana negara ini bermacam-macam ada termasuk lah “ masat-masat” apabila kebas bontot selepas ride beribu-ribu kilometer .
MAHA SERAKHAM – CHIANG RAI ( 800 KM ) – 17.2.2012 Hati rasa seronok sebab kali ini mengejar untuk berjumpa orang Malaysia di Golden Triang iaitu Haji Own dan Cik gu Rahim dari SPCT Bikers Club. Setelah membaca status Haji Own di halaman muka buku hati rasa bersemangat sebab dah lama tak berjumpa orang Melayu. Jam 7.00 pagi bang Eid bergerak dari bandar Maha Serakham. Perjalanan dari Maha Serakham akan melalui bandar Roi Et ,Kohon Kean , Phitsanulok , Uttaradit, Phayao dan sampai di Chiang Rai. Perjalananannya sejauh 800 km amat mencabar . Ada laluan yang rata dan mendaki tanah tinggi. Hanya berbekalkan roti bagi mengalas perut. Di seven Eleven kebanyakan roti dan kek ditandakan dengan logo halal. Di bandar Uttaradit bang Eid sempat bergambar di papan tanda selamat datang ke Uttardit dan jambatan merentangi antara gunung-gunung untuk tatapan pembaca disini.



Penorama alamnya amat menarik sekali. Bentuk meka bumi yang bergunung ganang amat memukau pandangan orang yang mealui laluan ini. Sampai di bandar Phayao hari dah senja dan gelap. Suhu telah turun keparas 18 darjah Celsius, namun perjalanan tetap diteruskan tanpa henti ke destinasi Chiang Rai. Jecket tidak mampu lagi menahan kesujukan , baju hujan terpaksa disarungkan untuk meningkatkan suhu badan. Jam 11.00 malam tiba di bandar Chiang Rai. Tawakkal saja untuk mendapatkan bekalan makan. Alhamdulillah Ramadan nama tauke kedai sadang mengemas untuk menutup kedai. Akhirnya dapat juga nasi goring sepinggan setelah 16 jam tidak menjamah nasi. Ramadan membantu bang Eid untuk mendapatkan kadar hotel yang rendah di Chiang Rai hanya 370 Bath untuk satu malam. GOLDEN TRIANGLE – 18.2.2012 Setelah selesai sarapan pagi di Hotel bang Eid pun checkout dari hotel pukul 8.00 pagi untuk ke Golden Triangle . Sampai disana terus ke papan tanda tugu Golden Triangle ( Segitiga sempadan Thailand-Laos- Myanmar ). Tempat ini menjadi sejarah pada bang Eid kerana ini adalah kali ke 5 menjejak kaki ke Golden Triangle. Setelah puas merakamkan gambar dan membeli baju untuk kenang-kenangan bang Eid pun menalipon Haji Own dan Cikgu Rahim yang sedang menunggu di pekan Chian Sean.
Maka kami berborak panjang dan kelihatan Haji Own dan cikgu teruja apabila melihat demak DTM 150 mampu jejak ke Segitiga Emas. Setelah puas berborak panjang bang Eid meneruskan perjalanan ke Mae Sai ( sempadan Myanmar ) disana bang Eid tak dapat nak bershopping lagi wang disaku hanya ada 5000 Bath. perjalanan balik ham 2500 km lagi ke Malaysia. Setelah mengambil gambar di pintu sempadan Myanmar bang Eid ke kedai muslim Cina Yunan. Sedap nasi ayam disitu bagi mengalas perut.
DOI MAE SALONG ( Gunung Mae Salong ) Jam 2.00 petang bang Eid bergerak dari Mae Sai untuk ke Doi Mae Salong. Cuaca amat kering dalam perjalanan amat terasa kepanasan enjin Demak . Pendakian ke Gunung Mae Salong diharungi dengan selamat. Selekoh tajam dan lurah yang menjunam tidak hairan bagi Demak ini . Di pertengahan jalan bang Eid berpeluang untuk bergambar dengan bantuan dari warga Eropah . Akhirnya sampail kepuncak nya. Pekena .. teh buatan tempatan amatlah terasa kepuasanya di sebuah restoran keturunan Yunan Muslim.

Alangkah terkejutnya apabila dia memberi tahu bahawa Chef Wan pernah datang ke restoranya untuk merakamkan rancangan masakan. Buktinya terdapat gambar Chef wan terpampang dinding kedainya. Disini terdapat taman bunga yang cantik untuk diambil gambar dan juga batu tanda ‘ 0 kilometer ‘ bagi route 1234. DOI ANGKHANG ( Gunung Angkhang ) – 19.2.2012
Dalam perjalanan ke Doi Angkang bang Eid terpaksa bermalam di Fang. Sebuah bandar dikaki pergunungan . Bayaran untuk bermalam di U.K Hotel hanyalah 250 Bath untuk bilik berkipas angin. Di sebelah malamnya bang Eid cuba mencari nasi malangnya kedai telah tutup . Hanya muslim Myanmar menjual roti canai jadi habuan malam ini. Keesokan harinya perjalanan di teruskan ke Doi Angkang . Pendakian sejauh 25 kilometer dari bawah ke puncak. Cerunnya amat curam dan terasa mengaumnya injen Demak ini. Di pertengahan jalan sempat juga singgah di satu kem site untuk orang yang berminat cara berkhemah.

Banyarannya amat murah sekali hanya 100 Bath untuk satu malam sewa tapak berkhemah. Perjalanan hanya tinggal 10 km sahaja untuk kepuncak. Cuaca amat dingin seperti Genting Highland i. Disini terdapat minoriti Yunan Muslim , terdapat sebuah surau dan bangunan kelas agama . Disini bang Eid sempat melawat dan bergambar Taman Bunga Diraja Thailand . CHIANG Mai. 20.2.2012 Perjalanan dari Doi Angkhang ke Chiang Mai mengambil masa 3 jam lebih. Dalam perjalanan bang Eid terserempak dengan rider-rider dari luar negara yang datang ride ke Thailand . Thousand Corner adalah menjadi impian meraka untuk ride kesini. Tetapi bang Eid terpaksa membatalkan hasrat untuk kesana disebabkan bajet yang amat ciput. Malangnya nasib Demak DTM ini tidak dapat meratah 1000 corner. Sampai di Bandar Chiang Mai bang Eid terus ke setesen keretapi Chiang Mai . Semua perancangan untuk ride mengelilingi Thailand terpaksa dibatalkan. Nasib baik masih ada tempat dan kargo untuk Demak dibawa ke Bangkok.

Jadual perjalanan keretapi adalah pukul 2.30 petang , namun train terlewat dari jadual . Jam 4.30 ptg baru dapat bertolak ke Bangkok. Hanya buah , kek dan roti menjadi makan malam diatas keretapi. Pada jam 11.00 pagi keretapi tiba di stesen Hua Lampong Bangkok .
BANGKOK – 21.2.2012 Ride di Bandaraya Bangkok seperti di ceritakan dalam bahagian pertama dulu amatlah mencabar dengan kesesakan trafik disini. Ha ha..... nasib malang kali ini tersasar masuk ke laluan lebuhraya . Apa lagi nak disamanlah orang sarjan misai. Minta ampun dan maaf laaa pak datuk woooi . Akhirnya dilepaskanjuga. Jam 2.00 petang tiba di kedai Pak Manap di Cha Am . Hahhh dah kebulur nasi bang Eid. Di hidangkannya masak lemak pulak. Aduhhh ridunya masakan ala Malaysia dah lama tak menjamah masak lomak ini. Perjalanan diteruskan ke selatan Thailand sampai di Chumpon hari dah gelap . Satu masalah besar telah bang Eid alami iaitu keracunan makanan. Perut memulas teramat, daya tumpuan tunggangan tak terkawal lagi. Target bang Eid Jam 2 pagi sampai di Bandar Hatyai, namun tak terdaya . Hanya tinggal 250 km lagi ke Hatyai badan telah hilang tenaga akibat keracunan makanan di Bangkok. Keputusan diambil untuk bermalam di guesthouse di Nakhon Sitahamarat. Bayaran bermalam disitu cuma 270 Bath. Terus terdampar dikatil tak dapat bangun lagi dengan Demak di bawa masuk sekali didalam bilik. DANNOK- BUKIT KAYU HITAM ( Sempadan Malaysia ) 23.2.2012 Dari Nakhon hanya tinggal 250 km lagi badan masih lagi tak bermaya namun perjalanan tetap diteruskan ke Bandar Hatyai . Dalam perjalanan teringat pula minyak injen dah melebihi 1500 km. Di Pekam Tamot bang Eid singgah untuk makan dan menukar minyak enjin . alhamdulilah selamat tiba di sempadan Malaysia jam 4.00 petang. Disambut oleh Anas dan Shidi orang yang menjaga pintu pagar sempadan Malaysia. Tamat sudah alkisah perjalanan bang Eid . Sekiranya terdapat salah dan silap dalam catatan ini dipohonkan jutaan maaf. Terima kasih tak terhingga kepada sahabatku Ghani Arafat dari majalah KUPCAI , pihak pengeluar Demak DTM 150 dankesemuanya rakan taulan yang member semangat pada bang Eid. Kita jumpa lagi sekiranya masih ada umur yang panjang ... wassallam dari Bang Eid .

No comments:

Post a Comment